Home Top Ad

Skateboarders Dokumen Keadaan Lengang di Los Angeles


California memang dianggap sebagai tempat asal usul bermulanya skateboarding ataupun papan selaju di dunia ini.

Apabila bandar Los Angeles mengarahkan penduduk di situ untuk tidak keluar rumah, jalan raya dan lebuh raya kelihatan lengang tanpa sebarang kenderaan.

Peluang ini diambil ‘rebel’ skateboarders yang keluar bermain di lokasi-lokasi yang mungkin sukar untuk dirakam pada siang hari sebelum ini, akibat jalan yang sesak.

Skateboarding In A Global Pandemic diarah dan dirakam oleh Russell Houghten, pemenang pertandingan filem REDirect Project 2014 yang dianjurkan oleh laman web terbaik untuk skateboarding, The Berrics.

Sambil mengeluarkan video ini, pihak the Berrics berharap semua orang mengutamakan keselamatan dan kesihatan dan berharap akan kembali ke jalanan untuk skate kembali selepas ini.

Tengok video itu di bawah:


             
Skateboarders Dokumen Keadaan Lengang di Los Angeles Skateboarders Dokumen Keadaan Lengang di Los Angeles Reviewed by Hilal Azmi on March 21, 2020 Rating: 5

No comments