Home Top Ad

This is not the end of the world, kita perlu sentiasa positif! - Suhaimi Sulaiman


Serangan wabak COVID-19 merencatkan hampir segalanya, dari sebesar-besar perniagaan sehinggalah sekecil-kecil perhubungan sosial antara manusia.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diisytihar kuatkuasa 18 Mac tempoh hari, premis-premis perniagaan diarah tutup sekaligus menjejaskan sumber pendapatan ribuan pengusaha, terutama sekali perniagaan kecil dan sederhana.

Namun ia tidak bererti bahawa tiada apa lagi yang boleh dilakukan. 

This is not the end of the world,” kata bekas ketua pengarang Astro AWANI, Suhaimi Sulaiman.

Beliau yang kini mengusahakan hostel penginapan bersama kedai makan dan butik jenama pakaiannya, Sambal, Style and Sleep di Bandar Melaka, merasakan ini waktu terbaik untuk kita semua kembali berfikir tentang apa yang telah kita lakukan sebelum ini dan apa yang boleh diperbaiki untuk kehidupan akan datang.

“Saya percaya kepada lateral thinking. Apabila berlaku sesuatu, kita kena berfikir bagaimana untuk jadi lebih kuat, macam mana nak selesaikan masalah dengan lebih cerdik, jadi ia mengajar kita untuk berfikir bagaimana untuk menjalani satu kehidupan yang mungkin lebih menyeluruh berbanding yang kita pernah buat sebelum ini,” katanya.

Setelah sekian lama tak bersua muka, kami bertemu kembali di alam maya menerusi sesi Instalive di Rancak TV tempoh hari. Teknologi membolehkan manusia terus berhubung walaupun secara fizikalnya terhad.

Maka dengan itu kata Suhaimi, macam-macam perkara boleh dimanfaatkan di dunia internet yang begitu luas pada hari ini.

Seperti biasa, tenaganya tidak pernah pudar walaupun dilanda musibah besar ini yang nyata memberi kesan kepada perniagaannya. 

Katanya, tiada apa yang dapat menghalang seseorang manusia itu selagi dia mempunyai minda yang sentiasa positif.

“Banyak benda yang kita boleh buat sebab minda kita ini elastik, you can actually extend your mind and come out with great things.

“Anda tidak ada pilihan, melainkan menjadi positif! Kalau anda negatif, hidup anda akan sengsara, anda akan kemurungan. Jadikan ancaman dan kelemahan yang dihadapi kepada satu peluang untuk menjadi lebih baik,” ujarnya.

Sejam perbualan, macam-macam cerita dikongsi, nasihat diberi, tak kurang juga telatah antiknya sekali sekala yang cukup untuk memberi harapan kepada sesiapa pun yang mendengarnya bahawa hidup ini terlalu singkat untuk terus merungut dan tidak melakukan yang terbaik dalam setiap yang dikerjakan.

Dengarlah kami berbual dalam video ini:

             
This is not the end of the world, kita perlu sentiasa positif! - Suhaimi Sulaiman This is not the end of the world, kita perlu sentiasa positif! - Suhaimi Sulaiman Reviewed by Hilal Azmi on March 26, 2020 Rating: 5

No comments