Home Top Ad

Keluar Pocong Betul Baru Tau!



Macam-macam pihak berkuasa buat untuk mengelak orang ramai keluar rumah bagi mengelak penyebaran COVID-19.

Menurut REUTERS, ada kampung di pulau Jawa guna hantu pocong untuk menakutkan penduduk, dengan harapan ia membantu orang kampung duduk rumah.

Namun pada peringkat awal, ia tidak memberi kesan seperti yang diharapkan, kerana watak 'pocong' itu berada di satu-satu tempat terlalu lama.

Itu membuatkan orang ramai berpusu-pusu keluar rumah untuk melihat sendiri kelibat 'pocong' yang berkeliaran.

Pihak berkuasa kemudiannya terpaksa mengubah taktik.

Beberapa sukarelawan yang diambil untuk memainkan watak sebagai pocong kini diarahkan muncul pada waktu-waktu tertentu sahaja, sekali gus memberi elemen kejutan dan seram.

Taktik itu membuatkan penduduk yang keluar rumah berkemungkinan terserempak dengan watak 'pocong' itu di sesebuah lokasi tanpa mereka jangka.

Tinjauan REUTERS mendapati taktik itu sedikit berkesan, apabila ramai yang mula takut untuk keluar rumah, terutama sekali apabila hari mulai gelap.

"Kami mahu mengambil pendekatan berbeza dan memberi impak kerana kehadiran pocong akan menakutkan mereka," kata Anjar Pancaningtyas, ketua kumpulan belia Kampung Kepuh, Jawa Tengah.

Kumpulan itu bekerjasama dengan pihak polis untuk mengambil inisiatif yang tidak konvensional bagi mengelakkan penyebaran wabak COVID-19.

Ketika berita ini ditulis, Indonesia mencatat 4,241 kes COVID-19 disahkan dengan 399 kematian.

Penyelidik di Universiti Indonesia menganggarkan jumlah kes dan kematian akan meningkat secara mendadak pada bulan Mei jika rakyat masih terus keluar rumah dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.

sumber: Astro AWANI
Keluar Pocong Betul Baru Tau! Keluar Pocong Betul Baru Tau! Reviewed by Hilal Azmi on April 13, 2020 Rating: 5

No comments