Home Top Ad

Liverpool tetap juara walaupun terpaksa sabar menunggu - Dr Zulkifli


PRESIDEN UEFA menyokong, pencabar liga turut senada bahawa Liverpool adalah juara, hanya menunggu masa untuk ditabalkan sahaja.

Begitu juga tweet dari penyokong Liverpool paling popular di negara ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dalam entri terbaharu Dr Zulkifli di Twitter, seorang wartawan meminta beliau menandatangan jersi Liverpool semasa membuat liputan memberi bantuan di sebuah perkampungan masyarakat Orang Asli.

Kenyataan dalam Twitter tersebut sudah pasti menggembirakan penyokong Liverpool di negara ini, termasuklah Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron.



Dalam ciapan tersebut, Dr Zulkifli menyatakan bahawa Liverpool akan tetap menjadi juara, walaupun terpaksa sabar menunggu.

Liverpool yang mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) 25 mata di hadapan pencabar terdekat, Manchester City, terpaksa menunggu sehingga liga disambung semula selepas ia ditangguhkan akibat krisis Covid-19 di UK.

Sehingga kini belum ada tarikh yang ditetapkan untuk EPL disambung semula, di mana Liverpool hanya perlu menang dua daripada sembilan baki perlawanan untuk bergelar juara buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun.




Sebelum ini, seorang penyokong Liverpool telah menyunting gambar Dr Zulkifli dengan meletakkan imej beliau pada gambar bilik persalinan pemain utama di Anfield, stadium milik kelab Liverpool itu.

Dr Zulkifli yang berterima kasih atas suntingan gambar itu turut berseloroh bahawa beliau tidak perlu ke Anfield lagi kerana kewujudan gambar tersebut.

Tahun ini, Liverpool berjaya merangkul kejuaraan Liga Super UEFA dan Kejohanan Kelab Dunia FIFA.

Foto cover: Gambar suntingan Twitter @Albertrahiim

- sumber Astro AWANI
Liverpool tetap juara walaupun terpaksa sabar menunggu - Dr Zulkifli Liverpool tetap juara walaupun terpaksa sabar menunggu - Dr Zulkifli Reviewed by Hilal Azmi on April 08, 2020 Rating: 5

No comments