Home Top Ad

Kenapa Tweet Trump Kena ‘Semak Fakta’ Oleh Twitter?


CEO Twitter, Jack Dorsey menjelaskan kenapa pos Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dikenakan ‘fact checked’ atau semak fakta oleh Twitter, beberapa jam sebelum Trump menandatangani perintah eksekutif untuk menghapuskan peraturan yang melindungi syarikat media sosial.

Twitter melakukan semak fakta terhadap tweet Trump kerana dikatakan membuat posting yang akan mengelirukan orang ramai mengenai undi pos.

Dorsey menjelaskan lagi tweet tersebut mungkin memperdaya orang ramai bahawa mereka tidak perlu mendaftar untuk mengundi.



Dorsey menjadi lebih berang kerana penasihat White House Kellyanne Conway mengecam Twitter dan mengajak orang ramai untuk menyerang ketua bahagian integriti Twitter, Yoel Roth di platform itu semasa membuat penampilan secara langsung di Fox News. 

Dorsey mengingatkan kepada semua untuk tidak melibatkan mana-mana staf Twitter dalam isu ini kerana dia yang patut dipertanggungjawabkan dalam apa-apa hal mengenai syarikat itu.

Ia juga menjadi tanggungjawab Twitter untuk memastikan pengguna mereka mendapat maklumat yang sahih di platform mereka.

Sebelum ini Roth menegaskan bahawa tweet daripada Trump tidak akan dikecualikan daripada diperiksa fakta jika melakukan posting yang menyampaikan maklumat tidak betul mengenai coronavirus.

Trump yang bergantung kepada Twitter untuk menyampaikan agendanya mendakwa syarikat media sosial cuba menutup mulut para konservatif.

Menurut Astro AWANI, Perintah Eksekutif itu membolehkan beberapa agensi penggubal peraturan termasuk Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan dan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan mengkaji sama ada mereka dapat meletakkan peraturan baharu kepada syarikat sosial media.

Syarikat seperti Twitter dan Facebook diberi perlindungan liabiliti mengikut Seksyen 230 Akta Komunikasi kerana dianggap sebagai platform dan bukan penerbit yang boleh menghadapi tuntutan undang-undang kerana kandungan.

Dua posting yang dibuat Trump pada Selasa adalah berkaitan pendapatnya yang tidak disokong bukti sahih yang mengaitkan undian melalui pos akan menyebabkan berlakunya penipuan.

Di bawah ciapan itu, Twitter mengeluarkan hantaran dengan pautan 'dapatkan fakta mengenai undian pos', sehingga pengguna media sosial lain turut mengeluarkan komen dakwaan itu sebagai tidak berasas.

Foto: Jack Dorsey (kiri), Trump (kanan), bagi yang tak tahu la.


Kenapa Tweet Trump Kena ‘Semak Fakta’ Oleh Twitter? Kenapa Tweet Trump Kena ‘Semak Fakta’ Oleh Twitter? Reviewed by Hilal Azmi on May 29, 2020 Rating: 5

No comments