Home Top Ad

Kronologi Sebenar Menonton Filem Marvel Ada Di Sini


Pandemik coronavirus ni memberikan banyak masa kepada kita untuk melakukan kerja yang berfaedah, belajar benda baru yang tidak pernah terfikir boleh dibuat sepanjang hidup ini.

Inilah cerita fan filem Marvel, Tony Goldmark yang menyusun semula kronologi bagi semua filem terbitan Marvel Cinematic Universe (MCU) sehingga berakhirnya dengan Avengers End Game dan disambung pula dengan Spiderman: Far From Home.

Selama ini, kita disajikan dengan filem keluaran MCU yang dikeluarkan dalam keadaan yang tidak tersusun, yang memaksa kita berfikir untuk mengaitkan setiap babak filem yang ada dengan filem MCU yang lain.

Tetapi, ada seorang genius berjaya menyusun bagaimana kita mahu menonton filem terbitan MCU itu, termasuklah babak dari filem Captain America:The  Winter Soldier sebelum dia mengambil serum power itu dan juga semasa Bucky berkhidmat untuk Hydra dalam Civil War, untuk melengkapkan garis masa kehidupan Steve Rogers itu.

Dalam artikel di Mashable, peminat tegar dan tukang review Disney itu, Goldmark adalah genius yang menghabiskan masanya untuk melengkapkan kronologi MCU itu, dari setiap babak daripada 23 filem yang dikeluarkan MCU.

Yang paling best, senarai lengkap bagi babak yang sentiasa bertindih dalam plot ‘real-time’ dalam filem The Incredible HulkIron ManIron Man 2Iron Man 3, dan Thor dan turut melibatkan babak sorot balik (flashback).

Dengan garis panduan kronologi yang disediakan oleh Goldmark itu, bolehlah editor-editor video gila MCU ini mulakan editing semua babak tersebut mengikut kronologi.

Ada berani? Tengok adakah pembetulan yang perlu dibuat atau memang dah sempurna kerja Goldmark itu.

(Nota: Editing akan melibatkan lebih scene lebih 3,000 minit, filem yang perlukan masa dua hari untuk habis ditonton).  

Pergi tengok hasil kerja Goldmark di Twitternya, atau tengok gambar susunan babak-babak tersebut di bawah, hasil kerja Goldmark. Tony we love you!









Kronologi Sebenar Menonton Filem Marvel Ada Di Sini Kronologi Sebenar Menonton Filem Marvel Ada Di Sini Reviewed by Hilal Azmi on May 28, 2020 Rating: 5

No comments