Home Top Ad

11 lukisan paling ikonik

Sebuah lukisan adalah ekspresi perasaan seseorang pelukis tentang sesuatu atau seseorang. Berjuta karya seluruh dunia sepanjang zaman, dan ada di antaranya cukup hebat dan berkuasa mengubah  dunia.

Ada banyak, tapi ini kami senaraikan 11 lukisan paling ikonik dalam sejarah ketamadunan manusia.



The Kiss (Gustav Klimt, 1908-09)
Karya pelukis Austria ini dilukis dengan cat minyak pada kanvas, kemudian ditambah dengan daun emas, perak dan platinum pada 'Zaman Emas Vienna'. Lukisan ini yang dipamerkan pertama kali pada 1908 kemudian dibeli oleh kerajaan Austria, sebenarnya tidak siap.



The Persistence of Memory (Salvador Dali, 1931)
Karya paling masyhur oleh seniman Sepanyol, Salvador Dali dan antara item penting dalam cetusan gerakan 'surrealisme'. Ada yang mentafsir lukisan ini sebagai satu pemahaman terhadap dunia dengan merujuk kepada teori relativiti Albert Einstein tentang ruang dan waktu.





Girl with a Pearl Earring (Johannes Vermeer, 1665)
Asalnya lukisan ini tak bertajuk, maka pelbagai nama diberikan. Sehinggalah terbitnya novel fiksyen karya Tracy Chevalier pada 1999 bertajuk 'Girl with a Pearl Earring', menggambarkan cerita bagaimana lukisan itu tercipta. Katanya gadis dalam lukisan ini adalah pembantu Vermeer yang memakai anting-anting isterinya.



The Scream (Edvard Munch, 1893)
Watak pembunuh dalam filem thriller 'Scream' dan banyak lagi terinspirasi daripada karya pelukis Norway ini. Nama asalnya diberi Munch dalam bahasa Jerman adalah 'Der Schrei der natur' (The Scream of Nature) dan Skrik (Shriek) dalam bahasa Norway, memaparkan simbol kegelisahan jiwa dan raga manusia.



Guernica (Pablo Picasso, 1937)
Pelukis Itali, Picasso menghasilkan lukisan ini sebagai manifestasi rasanya terhadap peristiwa pengeboman bandar Guernica di selatan Sepanyol oleh Nazi Jerman dan Fascist Itali. Ia membuka mata dunia terhadap isu Perang Saudara Sepanyol.



Last Supper (Leonardo da Vinci, 1495-98)
Diromantikkan dalam novel Dan Brown, 'The Da Vinci Code' lakonan Tom Hanks. Lukisan ini berdasarkan skrip Gospel tentang makan malam terakhir Jesus bersama pengikutnya sebelum disalib, pada mana diceritakan bahawa Jesus tahu salah seorang daripada mereka akan membelot.



The Starry Night (Vincent van Gogh, 1889)
Van Gogh melakar semula pemandangan dari bilik suakanya di Saint-Rémy de Provence, Perancis dengan sedikit sentuhan idealistik, pada ketika yang dipercayai masalah psikosis dialaminya sedang memuncak. Dia menganggap ini sebuah karya gagal. 



Napoleon Crossing the Alps (Jacques-Louise David, 1801-1805)
Lukisan ini dihasilkan dalam lima versi yang ditempatkan di lima lokasi - Malmaison, Charlottenburg, Versailles, Belvedere dan versi kedua Versailles. Ia merupakan lukisan pandangan ideal terhadap Napoleon Bonaparte memimpin tenteranya merentas pergunungan Alps menerusi The Great St. Berbard Pass pada Mei 1800.



The Great Wave off Kanagawa (Katsushika Hokusai, 1829-1833) 
Sebenarnya ini bukan lukisan, tapi cetakan blok oleh Hokusai di lewat Zaman Edo yang pertama daripada siri 'Thirty-Six Views of Mount Fuji'. Karya ini hanya dipamerkan oleh pemiliknya British Museum selama enam bulan sekali setiap lima tahun.



The Creation of Adam (Michelangelo, 1512)
Karya fresco yang terpamer pada siling Sistine Chapel, Vatican City, penzahiran kisah Tuhan menciptakan Adam dalam Book of Genesis. Ia menjadi simbol kemanusiaan, serta mengilhamkan banyak parodi dan imitasi.



Mona Lisa (Leonardo da Vinci, 1503-1506, mungkin sampai 1517)
Sukar untuk dihadam sekiranya ada yang tidak mengenali karya agung Da Vinci ini. Pelbagai misteri dan teka-teki menjadikan lukisan ini terus enigmatik dan masyhur sehingga hari ini, dipamerkan di Muzium Louvre, Paris. Mana Mona Lisa? Siapa Mona Lisa? Aku pun tak tahu.



11 lukisan paling ikonik 11 lukisan paling ikonik Reviewed by Hilal Azmi on June 17, 2020 Rating: 5

No comments