Home Top Ad

4 Syarikat Media Sosial Yang Haramkan Trump


Perangai racist Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semakin menjadi-jadi, sehingga empat platform media sosial mengambil tindakan terhadap posting yang menyokong Trump dan juga terpaksa mengubah polisi platform mereka semata-mata untuk mengelak mesej kebencian yang disebarkan badut Amerika itu.

Ini empat platform itu.

Twitter

Twitter yang pertama menjadi musuh Trump selepas meletakkan nota semak fakta pada posting Trump yang berkaitan dengan COVID-19 dan kemudian memadam tweet presiden Amerika yang menyokong keganasan ke atas pemprotes Black Lives Matter.

Selain itu Twitter juga mengadakan polisi baru menentang ucapan hina, bukan sahaja untuk Trump tetapi untuk mengesan kandungan yang melanggar polisi maklumat salah, ucapan hina, pengubahsuaian media dan pelbagai perkara yang menjurus kepada kebencian.

Snapchat

Akaun Trump di Snapchat masih kekal tetapi ia tidak akan diletakkan di bahagian Discover, yang menapis kandungan bagi memastikan ia bebas daripada ucapan hina. 

Reddit

2,000 subreddits sudah dipadam selepas polisi baharu diperkenalkan untuk memerangi penghinaan dan keganasan.

Antara subreddit berprofil tinggi yang kena padam adalah r/The_Donald, yang menyokong Trump dan dipenuhi dengan informasi perkauman haluan alt-right dan penyebaran maklumat salah.

Twitch

Channel Twitch Trump digantung buat sementara kerana hateful conduct atau menyebarkan kebencian pada Isnin. 

Twitch juga mengharamkan posting Trump yang bersifat perkauman terhadap migran Mexico termasuk semasa kempen pilihan raya pada 2016 yang menggelar mereka sebagai perogol.

Facebook?

Belum lagi. Masih menunggu sebab terbaik untuk menghalang kebencian yang disebarkan Trump dihalang di platform itu.

Sumber: mashable.com


4 Syarikat Media Sosial Yang Haramkan Trump 4 Syarikat Media Sosial Yang Haramkan Trump Reviewed by Hilal Azmi on June 30, 2020 Rating: 5

No comments