Home Top Ad

5 Atlet E-Sports Wanita Paling Kaya di Dunia


Setiap tahun jumlah pemain video dari golongan wanita semakin meningkat dan di China sahaja, mereka menyumbang pendapatan sebanyak AS$4.4 bilion untuk game di PC (komputer) dan AS$6.6 bilion untuk moblie games pada tahun lepas.

35% daripada pendapatan dalam industri permainan video kini disumbang oleh wanita dan tahun ini dijangka meningkat kepada 39%.

Mereka bukan main suka-suka lagi, malah ramai sudah menjadi atlet profesional dalam sukan elektronik ataupun e-sports ini.

Banyak ke duit mereka dapat setiap tahun?

Ini merupakan senarai LIMA ATLET wanita dengan pendapatan paling tinggi pada 2019.

5 Sarah Lou - AS$50,000.00

Sarah Lou Foto: Wowkia

Nama sebenarnya adalah Sarah Harrison, berasal dari United Kingdom.

Personaliti Sarah ini masih misteri, tiada siapa tahu umur sebenar dan bila dia sebenarnya bermula menjadi atlet.

Namun sejak 2008, Sarah merupakan juara bagi Championship Gaming Series Season (Dead of Alive 4) dan kini menduduki tempat kelima paling banyak wang kemenangan di dunia.

4 Kasumi Chan - AS$55,000


Kasumi Chan atau nama sebenar Marjorie Bartell berasal dari Amerika Syarikat dan dikenali sebagai ‘Big Three’ dalam arena gaming wanita di Amerika.

Selepas muncul naib juara dalam Championship Gaming Invitational 2006 (Dead of Alive 4) di California bersama-sama Black Mamba as a team ‘Chicago Chimera’, dia muncul juara pada 2007.

3 Ricki Ortiz - AS$80,780

Ricki Ortiz Foto: Instagram

Selain Kasumi, Ricki Ortiz atau nama penuh, Ricki Sophie Ortiz adalah ‘Big Three’ dalam dunia gaming wanita yang beraksi secara konsisten sejak 2003.

Berusia 38 tahun, Ricki adalah seorang transgender yang mahu bersaing dalam kejohanan wanita pada 2014.

Ricki mula menonjol pada 2003 dalam Evolution Championship Series 2003 (Marvel vs Capcom), yang diadakan di Pomona, California.

Dalam kejohanan itu dia mendapat tempat kedua selepas tumpas kepada Justin Wong.

2 Mystik Gunn - AS$122,000

Mystik Foto: Instagram

Big Three Amerika yang terakhir adalah Mystik yang tak masuk banyak kejohanan berbanding pesaingnya.

Dia mula bersaing pada 2007 dalam Championship Gaming Series Season (Dead or Alive 4) dan menamatkan kejohanan selaku naib juara.

1 Scarlett - AS$296,161.44

Scarlett Foto: Blizzard

Jurang wang kemenangan yang diperoleh Scarlett ataupun nama sebenar, Sasha Hostyn sangat besar.

Berasal dari Kanada, Scarlett adalah pro atlet paling kaya di dunia dan bersaing dalam permainan Starcraft II.

Scarlett sentiasa mendominasi permainan Starcraft, sebuah game yang sudah diketahui ramai sebagai salah satu game yang sangat kompetitif.

Sumber: Google Malaysia / Game Designing

5 Atlet E-Sports Wanita Paling Kaya di Dunia 5 Atlet E-Sports Wanita Paling Kaya di Dunia Reviewed by Hilal Azmi on June 10, 2020 Rating: 5

No comments