Home Top Ad

5 Benda Cool iOS 14 Yang Diumumkan Pada WWDC 2020



Pengguna iOS sudah pasti teruja dengan perubahan besar yang akan dibuat pada iOS 14 nanti.

Bagi iPhone yang baharu, boleh lah upgrade kepada iOS 14 tidak lama lagi.

Ini lima perkara yang cool mengenai iOS 14.

Home Screen

Memperkenalkan App Library untuk Home Screen anda, yang memudahkan pengguna mencari aplikasi yang mahu digunakan dengan cepat.

Selain menyenaraikan berdasarkan yang kerap digunakan, ia juga memberi cadangan kepada pengguna.

Messages

Mesej semakin cool macam dapat dilihat pada WeChat.

Dengan aplikasi messages atau orang masih panggil iMessage ini, akan ada Memoji baharu, pengurusan group message dengan lebih menarik dengan sistem ikon. Akhirnya ada fungsi mention, yang dah lama ada pada Whatsapp dan rakan-rakan.


Widgets

Sekarang anda boleh susun Widgets di Home Screen, seperti yang dapat dilihat pada Android, namun dengan design yang lebih cool dan mungkin lebih mudah.

Gambar atas Gambar

Picture in Picture dah ada untuk multitasking merentasi semua sistem. Video atau gambar akan dimainkan dalam window yang lebih keicl untuk anda pergi ke app lain. Benda ni memang dah ada pada kebanyak Android, kini ada pada iOS.


Carplay 

Paling canggih, Carplay yang baharu dan NFC cip yang membolehkan anda menyimpan kunci kereta di rumah.

Tetapi sekarang baru wujud kerjasama Apple dengan keluaran terbaharu BMW 5-Series dimana iPhone boleh digunakan untuk membuka dan menghidupkan enjin kereta.

Selain itu, anda juga boleh memberi kebenaran kepada iPhone lain untuk digunakan sebagai kunci kereta milik anda.

Memang canggih, tapi kena beli BMW baharu la.

Lain-lain adalah fungsi baharu pada Siri yang boleh ada aplikasi menterjemah ataupun Translate app.

Setakat ini Translate boleh guna untuk terjemah bahasa Inggeris, Mandarin Chinese, Perancis , Jerman, Sepanyol, Itali, Jepun, Korea, Arab, Portugis, dan Rusia.



5 Benda Cool iOS 14 Yang Diumumkan Pada WWDC 2020 5 Benda Cool iOS 14 Yang Diumumkan Pada WWDC 2020 Reviewed by Hilal Azmi on June 23, 2020 Rating: 5

No comments