Home Top Ad

64,000 penyu hijau dikesan menggunakan dron!

Foto: YouTube GoneViral
COMELNYA! Penyu hijau dikesan terapung di permukaan perairan Great Barrier Reef dengan jumlah yang sungguh luar biasa.

64,000 ekor penyu dapat dilihat sedang berenang mengelilingi Pulai Raine, Australia melalui gambar yang dirakam sebuah kamera dron.

Ini menunjukkan bahawa aktiviti konservasi penyu yang dibuat sekitar 20 tahun lepas berkesan!

Berpuluh ribu ekor penyu yang dikesan di kawasan pembiakan terbesar dunia itu mampu menarik perhatian para penyelidik untuk melakukan kajian seterusnya berkaitan spesis yang semakin terancam itu.

Dalam pada itu, perkara ini turut membuktikan teknologi seperti dron sangat berguna dalam usaha konservasi spesis, lagi-lagi dalam mengumpul data untuk mengkaji sesuatu spesis haiwan.

Dengan dron, lahirnya gambar air kebiruan dipenuhi titik hijau (penyu hijau) yang diambil pengkaji daripada Jabatan Alam Sekitar dan Sains, Queensland (DES).

Sebelum ini, para penyelidik menggunakan teknik konvensional iaitu menanda bahagian belakang tempurung penyu dengan dakwat putih untuk mengira populasi dalam satu masa.

Namun menurut Dr Andrew Dunstan, ahli DES, teknik pengiraan menggunakan dakwat tidak berapa tepat oleh kerana kesilapan manusia.

Dunstan berkata kepada CNN, sejumlah 64,000 ekor penyu yang dijumlahkan menggunakan dron itu 1.73 kali lebih banyak berbanding teknik pengiraan dakwat.

64,000 penyu hijau dikesan menggunakan dron! 64,000 penyu hijau dikesan menggunakan dron! Reviewed by Hilal Azmi on June 12, 2020 Rating: 5

No comments