Home Top Ad

AI boleh tapis bunyi bising semasa persidangan video


Kerja dari rumah memberi masalah kepada mereka yang mempunyai ramai anak kecil atau suka mengunyah kerepek semasa membuat persidangan audio atau video.

Tetapi jangan risau kerana dengan bantuan Artifiical Intelligence (AI) ataupun kecerdasan buatan yang canggih, semua bunyi-bunyi berkenaan dapat ditapis atau disenyapkan. 

Google dan Microsoft antara yang berusaha memaparkan fungsi kesan denoiser atau noise cancelling,

Kita tengok apa kehebatan denoiser untuk Google G Suite dulu.

Video yang dikongsi Venture Beat di Youtube menunjukkan ujian fungsi denoiser yang ada pada Google Meet.

Walaupun ada sedikit kualiti bunyi percakapan agak menurun, tetapi bunyi yang kurang sesuai didengar oleh bos atau client anda dapat dibisukan hampir 100%.

Ini kerana denoiser dapat mengenali suara pengguna dan akan menapis semua bunyi yang lain di dalam bilik berkenaan.



Punya hebat denoiser ni, sampai bunyi gelas dan tepukan yang dibuat oleh hos rancangan Venture Beat itu pun tak bunyi sepenuhnya.

Bunyi tepukan pertama dibuat boleh didengar, tapi agak perlahan sebelum AI menapisnya keluar, secara LIVE. 

   

Microsoft punya teknologi yang diperkenalkan pada Mac 2020 untuk aplikasi Teams nampaknya lebih jelas suaranya, walaupun menapis bunyi bungkusan kerepek yang dipegang oleh pengacara dalam Youtube Microsoft 365.

Apa pun pada era normal baharu ini, fungsi seperti ini amat dialu-alukan, dengan ramai yang masih bekerja dari rumah. 

Mana satu pilihan anda, Google atau Microsoft?

Sumber: Mashable


AI boleh tapis bunyi bising semasa persidangan video AI boleh tapis bunyi bising semasa persidangan video Reviewed by Hilal Azmi on June 11, 2020 Rating: 5

No comments