Home Top Ad

Apa benda yang terapung dalam mata kita?


Cuba tengok gambar di atas ini. Kelip-kelipkan mata, gerak-gerakkan sikit. Perasan tak, kadang-kadang kita nampak macam ada benda terapung dalam mata kita? 

Bentuknya ada kalanya panjang, ada kalanya macam bulat. Kadang jelas, kadang kabur, kemudian bila kita cuba nak fokus terhadap objek itu, ia bergerak dan hilang.

Jangan pergi cuci mata, sebab benda itu bukannya di permukaan tetapi di dalam mata kita. Ia adalah fenomena biasa dan benda itu dipanggil 'floater'. Orang Melayu kita panggil 'benda terapung' je lah sama saja maksudnya.

Nama saintifik benda terapung ini adalah Muscae volitantes, bahasa Latin yang bererti  'lalat terbang'. Sepertimana namanya, ia kadang kala boleh jadi benda yang menjengkelkan.

Tapi benda terapung ini bukanlah serangga atau objek luar yang masuk ke dalam mata kita. Ia adalah bukan benda hidup, walaupun kita nampak ia macam bergerak.

Benda-benda terapung ini boleh jadi cebisan tisu, sel darah merah atau gumpalan protein yang berlegar di dalam cecair seakan gel yang mengisi bola mata kita.

Apa yang membuatkan kita nampak benda-benda terapung ini adalah apabila bayang terhasil pada retina apabila cahaya memasuki mata. Lagi jelas ia kelihatan, lagi dekat ia berada dengan retina.

Selalunya benda-benda terapung ini lebih mudah kelihatan apabila kita melihat pemandangan cerah yang sekata, seperti skrin monitor putih atau langit biru tak berawan.

Maka jangan khuatir, dan digonyoh pula mata tu. Tapi kalau benda-benda terapung itu semakin menjengkelkan dan membimbangkan, pergilah periksa dengan doktor.



Apa benda yang terapung dalam mata kita? Apa benda yang terapung dalam mata kita? Reviewed by Hilal Azmi on June 23, 2020 Rating: 5

No comments