Home Top Ad

Apa Itu Lembu Wagyu?


Korban dah dekat. Dah jumpa lembu atau kambing yang hendak dikorbankan?

Ingat, pahala korban tetap sama walaupun korban lembu baka yang mahal macam wagyu miyazaki? 

Tapi bagi yang mampu dan nak merasa keenakan daging Wagyu ini, boleh la sertai program korban daging lembu itu.

Dengar cerita harga untuk sertai korban itu hampir 40 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Tapi apa dia lembu Wagyu yang dikatakan ini?

Lembu Wagyu ni asal mana?

Lembu itu berasal dari Jepun, yang paling popular di Kobe, di sebuah wilayah bernama Hyogo.

Lembu ni ada sijil lahir dan ada nama masing-masing yang menyatakan baka, tempat lahir, jantina, pemilik dan nombor pengenalannya.

Apa yang best sangat daging Wagyu ni?

Katanya, daging ni sangat lembut dan apabila dimasak, lapisannya akan cair dan apa saja dimasak ia akan menyerap dalam daging. 

Ada yang kata daging ini lebih sihat berbanding daging lembu yang lain.

Kenapa mahal sangat?

Bukan sebab daging Wagyu ni daging import ia mahal, tetapi daging lembu ni mahal sebab cara ia dijaga yang memang sangat rapi. 

Anak lembu ni dijaga rapi sehingga berusia tujuh bulan dan dikatakan diberus secara berkala bagi meningkatkan aliran darah serta melegakan tekanannya.

Makanan yang diberikan juga kelas A punya, bukan rumput tapi jerami padi sampailah beratnya mencecah 700 kilogram.

Bukan itu sahaja, kalau cuaca sejuk, lembu ni disarung dengan kain tebal.

Jadi penjagaan rapi ini menjadikan dagingnya lain macam punya sedap, lembut dan dengan tektur yang menarik.

Ada Gred

Setiap daging ada grednya, 1 hingga 5 untuk menentukan bagaimana lemak intermuskular berada pada daging, warna daging dan kualiti lemak.

Dekat Jepun sahaja ke Wagyu ni?

Ada negara lain lagi yang bela baka macam di Jepun ni. Negara itu adalah Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan United Kingdom.

Semua bernaung di bawah Persatuan Wagyu masing-masing, dengan Australia pengeluar terbesar di luar Jepun.

Foto Lembu: By Japanexperterna, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=34245116






Apa Itu Lembu Wagyu? Apa Itu Lembu Wagyu? Reviewed by Hilal Azmi on June 29, 2020 Rating: 5

No comments