Home Top Ad

Apahal TikTok kena haram dekat India?


Aplikasi video berdurasi 15 saat, TikTok serta 58 aplikasi buatan China telah diharamkan di India, pada Isnin.


Setelah dengar sahaja berita itu, 800 juta pengguna setia TikTok dari seluruh dunia tampil membuat video bagi meluahkan perasaan mereka terhadap keputusan yang dibuat kerajaan India itu, antaranya reaksi sedih, marah dan kebanyakannya keliru.

India memiliki hampir 100 juta pengguna aktif di aplikasi syarikat Bytedance itu dan penggunanya menyumbang kepada sebahagian besar tontonan di platform generasi millennial dan generasi Z berkenaan.

Ramai pengguna, termasuk di Malaysia tertanya-tanya apa akan terjadi kepada pencipta kandungan dan pengguna aktif di India setelah pengharaman aplikasi itu dikuatkuasakan sepenuhnya?

Ini lima perkara anda perlu tahu mengenai pengharaman TikTok di India.


Kenapa TikTok diharamkan?

Kerajaan India mengharamkan 59 aplikasi buatan China dengan alasan ia mendatangkan bahaya kepada kedaulatan dan integriti India.

Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat India mendakwa telah menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai aplikasi yang mengambil data pengguna secara tidak sah.

Keputusan diambil setelah berlakunya pertembungan di sempadan yang menjadi dituntut dua negara itu.

Beberapa portal berita melaporkan terdapat 20 tentera India yang meninggal dunia akibat pertembungan yang berlaku baru-baru ini.

Apa terjadi kepada akaun pengguna TikTok India?

Setakat Selasa, aplikasi TikTok tidak dapat dikesan di Google Play Store dan Apple App Store di India, dakwa seorang pengguna TikTok negara itu.

Tetapi jika aplikasi berkaitan sudah tiada di kedua-dua perkhidmatan pengedar digital (App Store), mengapa masih ada pengguna aktif India di TikTok?

Apa yang pasti ialah pengguna baharu tidak lagi boleh memuat turut aplikasi TikTok setakat ini.

Perbualan antara pengguna TikTok India @atulrockzzz dan pengguna
TikTok Malaysia @saraya.mia berkaitan isu pengharaman TikTok di India.


Apa terjadi kepada aplikasi China yang lain?

Menurut laporan India Today Tech, Apple menyingkirkan TikTok di kedua-dua saluran aplikasi di India setelah sahaja menerima perintah kerajaan, seiring dengan undang-undang negara.

Namun masih ada aplikasi China yang lain termasuk WeChat dan Weibo di Play Store dan App Store, India Today Tech percaya bahawa aplikasi-aplikasi berkenaan juga akan disingkirkan dalam masa terdekat.

Berapa lama lagi pengguna India dapat nikmati TikTok?


Oleh kerana kerajaan India hanya mengharamkan, namun belum menyekat penggunaan aplikasi berkenaan, pengguna masih boleh mengakses beberapa aplikasi berkenaan setakat ini.

Tetapi, dengan bantuan rangkaian telekomunikasi India seperti Airtel, Jio dan Vodafone, kerajaan akan menyekat secara keseluruhan kesemua aplikasi buatan China daripada diakses oleh rakyat India secara keseluruhan

Kesemua aplikasi itu, termasuk TikTok akan disekat melalui rangkaian 4G dan sambungan internet. 

Nak akses boleh tapi seperti biasa kena pakai VPN lah.

Adakah TikTok diharamkan di India selama-lamanya?

TikTok pernah diarahkan untuk diharamkan di India oleh Mahkamah Tinggi Madras untuk beberapa hari pada tahun 2019, namun arahan itu ditarik balik.

Walaubagaimanapun, kali ini perintah larangan itu kelihatan lebih serius dan mempunyai impak yang lebih besar terhadap hubungan perdanganan China dan India.

Apahal TikTok kena haram dekat India? Apahal TikTok kena haram dekat India? Reviewed by Hilal Azmi on June 30, 2020 Rating: 5

No comments