Home Top Ad

Arsenal kembali dengan jersi warna putih


Selepas lebih 10 tahun, Arsenal akan menyarung semula jersi berwarna putih yang akan dikeluarkan Adidas untuk perlawanan di tempat lawan pada musim 2020/21.

Gambar sebenar jersi yang bakal dkeluarkan itu nanti sudah didedahkan Jersey Review dan dapat disaksikan di Footy Headlines (FH).

Walaupun warna dominan jersi itu adalah putih yang dilihat seakan kelabu cerah, ia akan dikira sebagai warna putih di padang.

Sumber foto dari Footy Headlines
Garisan 3 stripes hanya diletakkan pada bahagian bahu dengan cetakan marmar yang mengambil inspirasi daripada Marble Hall di stadium lama the Gunners,  Highbury.

Ia akan dikenakan dengan seluar pendek berwarna maroon dan stokin putih.

Kit ini dijangka dilancarkan pada Julai 2020.

Warna kit ini berdasarkan warna yang dipakai  Arsenal semasa kempen 2007/2008 seperti dibawah (Nike punya idea la).



Gambar dari Daily Canon

Arsenal kembali dengan jersi warna putih Arsenal kembali dengan jersi warna putih Reviewed by Hilal Azmi on June 05, 2020 Rating: 5

No comments