Home Top Ad

Bagaimana peminat K-pop menyokong Black Lives Matter?



Bagi menyokong kempen Black Lives Matter, peminat-peminat Kpop berehat di Twitter untuk memastikan #BlackLivesMatter trending dan terus mendapat perhatian di media sosial.

Inilah yang sedang diusahakan kelab penyokong masing-masing, termasuklah peminat kumpulan K-pop, Blackpink, BTS, NCT 127 dan Stray Kids.

K-pop sentiasa trending di Twitter kerana mereka sangat aktif dengan retweet, dan mengulangi frasa bagi memastikan kumpulan kesayangan mereka trending.

Bagi menyokong kempen ini, semua yang terlibat cuba untuk mengelak daripada menjalani aktiviti harian mereka di media sosial.

Dengan itu, mereka tidak memasukkan nama penyanyi atau ahli kumpulan yang tengah top untuk memastikan Black Lives Matter terus berada di atas carta trending di seluruh dunia.

Sebagai contoh lagu baharu Blackpink dengan Lady Gaga ‘Sour Candy’ yang dilancarkan pada 28 Mei sedang trending, tetapi peminat Blackpink yang dikenali sebagai Blinks, sepakat untuk itu bekerjasama mempromosinya buat masa ini.
Pada 25 Mei, rakaman berdurasi lebih lima minit seorang lelaki kulit hitam, George Floyd digari dan tengkuknya ditindih dengan lutut oleh seorang anggota polis, Derek Chauvin menjadi viral.

Chauvin tidak mengendahkan rayuan Floyd yang menghadapi kesukaran untuk bernafas meninggal dunia, dipercayai atas kekejaman itu.

Kematian Floyd, 46, mencetus protes di lokasi kejadian, Minneapolis dan beberapa bandar lain di Amerika sejak Rabu.

sumber: Mashable foto: Facebook/Blackpink




Bagaimana peminat K-pop menyokong Black Lives Matter? Bagaimana peminat K-pop menyokong Black Lives Matter? Reviewed by Hilal Azmi on June 01, 2020 Rating: 5

No comments