Home Top Ad

Cara anak gajah kena seksa terbocor


Seekor anak gajah diikat dan dirantai untuk mengehadkan pergerakan.
Foto: Perlindungan Haiwan Sedunia (WAP)

Perasan tak kalau ke taman gajah yang boleh menunggang dan bermandi bersama gajah, haiwan liar itu jinak semacam?

Ini kerana haiwan liar itu sudah dilatih sejak kecil lagi supaya ia dijinakkan dan dibiasakan untuk berinteraksi dengan para pengunjung.

Tetapi, apa yang kita tidak tahu ialah cara sebenar gajah itu “dijinakkan” adalah dengan menggunakan keganasan yang dikenali sebagai “The Crush”. 

Perkara itu telah dibocorkan oleh Perlidungan Haiwan Sedunia (WAP) melalui satu video ngeri berkenaan realiti kehidupan haiwan pintar itu sejak permulaan hidupnya di satu taman gajah di Thailand yang tidak didedahkan.

Ini perkara sebenar yang anda tidak tahu tentang taman tema gajah.




Apa itu “The Crush”?

"The Crush" Merupakan satu kaedah untuk menjinakkan anak gajah dengan menggunakan keganasan supaya gajah itu lebih biasa berinteraksi dengan pengunjung.

Anak gajah akan dipisahkan dengan ibunya untuk dibawa ke taman gajah dan dijadikan tarikan pelancong buat selama-lamanya.

Gajah itu akan turut dijinakkan menggunakan kaedah "The Crush", dimana ia diikat, dirantaikan kakinya di tempat yang sempit selama beberapa hari sambil diseksa sehingga jinak.

Bagaimana kaedah ini dilaksanakan?


Pengembala akan menggunakan kekerasan disertakan pelbagai alat tajam, termasuk cangkuk untuk seksa anak gajah jika enggan berjinak.

Dalam video yang mendedahkan sejumlah lapan anak gajah dalam sekitar tahun 2018 sehingga 2020, menunjukkan seekor anak gajah dalam kesakitan apabila ia ditoreh di bahagian muka menggunakan cangkuk sehingga berlumuran darah.

Lagi teruk, pengembala akan menjirus air di bahagian luka untuk sengaja menambahkan keperitan terhadap anak gajah itu.

Apa yang kita boleh lakukan?

WAP berharap untuk menghentikan kaedah ini termasuk taman-taman gajah yang menggunakan kaedah ini untuk menjinakkan gajah.

Bagi kebanyakan haiwan liar di bawah perlindungan, ia mustahil untuk melepaskan mereka kembali ke hutan, oleh itu, cara penyelesaian terbaik adalah untuk menubuhkan pusat pameran gajah di mana haiwan itu hanya boleh dipamerkan tanpa interaksi bersama pengunjung.

Sumber: independent.co.uk
Link: https://www.independent.co.uk/environment/elephant-baby-training-video-thailand-tourism-the-crush-a9582081.html


Cara anak gajah kena seksa terbocor Cara anak gajah kena seksa terbocor Reviewed by Hilal Azmi on June 30, 2020 Rating: 5

No comments