Home Top Ad

Cara Turki tangani COVID-19 memang 'A'


Ketika kebanyakan negara di dunia melaksanakan perintah kawalan dan sekatan pergerakan yang tegas bagi mengekang penularan COVID-19, Turki mengambil langkah yang sedikit berbeza.

Untuk mengelakkan ekonomi negara terjejas, Turki mengarahkan hanya anak-anak kecik dan orang tua sahaja yang berkurung di rumah.

Yang lain dibenarkan untuk terus bekerja beroperasi seperti biasa dengan SOP keselamatan dan kebersihan, kecuali mereka yang bekerja dalam sektor yang memerlukan kontak dengan manusia.

Bandar-bandar pula dikenakan perintah berkurung khususnya pada hujung minggu dan cuti umum untuk mengelakkan orang ramai bersiar-siar.

Walaupun ia melanggar kebiasaan perintah berkurung yang sangat mengehadkan pergerakan dalam banyak perkara, cara ini nampaknya berkesan untuk Turki.

Mereka mencatatkan 4,729 kematian daripada 172,114 kes, dan 144,598 daripadanya berjaya sembuh, dengan kadar kematian pada 2.7% daripada keseluruhan kes serta kadar sembuh 84%.

Angka itu jauh lebih rendah jika dibanding dengan United Kingdom yang mengamalkan 'total lockdown', tetapi mencatat 40,883 kematian daripada 289,140 kes dan hanya 135 daripadanya sembuh.

Kalian rasa kenapa cara Turki nampak berkesan? Orangnya kah? Kemampuan perubatannya kah? Tahap kekuatan virusnya kah?

Cara Turki tangani COVID-19 memang 'A' Cara Turki tangani COVID-19 memang 'A' Reviewed by Hilal Azmi on June 10, 2020 Rating: 5

No comments