Home Top Ad

Challenger Deep, titik terdalam Bumi yang diketahui.


Challenger Deep berada pada kedudukan 10,902 ke 10,929 meter di bawah paras laut, merupakan titik terdalam di Bumi yang diketahui.

Ia berada di selatan Jurang Mariana yang terletak di barat Lautan Pasifik, dekat dengan gugusan Kepulauan Mariana yang berada di dalam wilayah Persekutuan Mikronesia.

Di situ, tekanannya cukup tinggi, dianggarkan melebihi 6,800kg per inci persegi. Pada tekanan setinggi ini, tubuh manusia akan diremuk seremuk-remuknya. Tak tau jadi macam mana rupanya.

Kedalaman itu juga lebih kurang sama dengan ketinggian purata penerbangan pesawat komersil.

Challenger Deep mendapat namanya selepas ekspedisi tahun 1872-1876 kapal tinjau Tentera Laut British, HMS Challenger pertama kali merekodkan kewujudan dan kedalamannya.

Ketika itu, mereka membuat ukuran kedalaman dengan meletakkan pemberat pada tali dan dilepaskan ke dasar laut. Catatan pertama adalah pada kedalaman 8,183 meter.

Selaman pertama yang dibuat dengan kenderaan adalah kapal selam bathyscaphe yang dipandu manusia bernama rieste pada Januari 1960.

Pengarah filem tersohor, James Cameron (Titanic, Avatar) pernah membuat selaman solo ke Challenger Deep pada Mac 2012. Katanya tempat itu amat sunyi dan sangat bersih.

Menurut saintis, tiada makhluk kompleks di situ, hanya ada hidupan seperti cacing, gamat dan organisma ringkas.

Saintis juga percaya Challenger Deep bukanlah titik terdalam Bumi yang muktamad. Dengan komposisi laut adalah lebih 70%, banyak lagi kawasan yang masih belum diteroka manusia.

Challenger Deep, titik terdalam Bumi yang diketahui. Challenger Deep, titik terdalam Bumi yang diketahui. Reviewed by Hilal Azmi on June 11, 2020 Rating: 5

No comments