Home Top Ad

Cristiano Ronaldo pemain bola sepak pertama jadi bilionair


Cristiano Ronaldo menjadi pemain bola sepak pertama dalam sejarah yang meraih $1 bilion, menurut laporan Forbes.

Dapatannya sebanyak $103 juta sebelum cukai tahun lepas meletakkannya di tangga keempat dalam senarai 200 Forbes Celebrity 100, satu tangga di atas seteru utamanya dalam bola sepak, Lionel Messi.

Ia menjadikan pemain berusia 35 tahun itu sebagai atlet ketiga yang mencapai status bilionair ketika karier masih aktif, selepas peninju Floyd Mayweather pada 2017 dan legenda golf Tiger Woods pada 2009.

Ronaldo juga adalah individu pertama daripada sukan berpasukan yang berjaya berbuat demikian, di mana dia menjana $650 juta sepanjang 17 tahun kariernya di atas padang dan dijangka mencapai $765 juta kontraknya sekarang yang akan berakhir Jun 2022.

Pendapatan Ronaldo bukan setakat gaji bermain bola sepak sahaja, tetapi juga disumbangkan daripada penajaan jenama seperti Nike dan Herbalife, serta bisnes pelbagai di bawah jenamanya sendiri, CR7 dan banyak lagi sumber.

"Cristiano Ronaldo adalah salah seorang daripada pemain terhebat sepanjang zaman, dalam sukan yang paling popular, pada era di mana bola sepak begitu mewah," kata Nick Harris dari Sporting Intelligence, yang menyenaraikan kedudukan pasukan seluruh dunia berdasarkan jumlah perbelanjaan gaji dengan Global Sports Salary Survey.


Jika mahu dibanding dengan Messi, pemain yang memulakan karier seniornya tiga tahun lewat selepas Ronaldo, meraih $605 juta sejak 2015.

Malah, pemain bola sepak paling popular David Beckham pun berada jauh di belakang dengan pendapatan $500 juta ketika menamatkan kariernya, di mana separuh daripada itu adalah penajaan luar padang.

Apa yang diraih Ronaldo jelas sekali adalah sesuatu yang luar biasa. Tidak mustahil, tetapi bukan mudah.

Memetik temubualnya bersama Piers Morgan tahun lepas, Ronaldo menceritakan bagaimana dia dan kawan-kawannya di sebuah pekan kecil di Madeira, Portugal terpaksa meminta makanan daripada restoran makanan segera berhampiran kejiranannya.

Daripada nak beli burger pun susah, sekarang dia ada segalanya. Kerja keras.





Cristiano Ronaldo pemain bola sepak pertama jadi bilionair Cristiano Ronaldo pemain bola sepak pertama jadi bilionair Reviewed by Hilal Azmi on June 06, 2020 Rating: 5

No comments