Home Top Ad

Ini mungkin rupa sebenar jersi baharu Manchester United



Didedahkan penyokong Manchester United Vietnam, jersi baharu skuad the Red Devils untuk musim 2020/21 ini tidaklah seburuk yang disangka sebelum ini.

Ada laporan berita kata ia nampak sama seperti tempat duduk bas tapi ternyata tak sama langsung.

Penyokong Vietnam, seperti dikongsi di Footy Headlines (FH) menunjukkan garisan pada jersi home milik Manchester United adalah nipis bukan tebal seperti yang didedahkan sebelum ini.


Bagaimanapun link Man United Fans Vietnam, MUSVN yang dikongsi FH sudah rosak dan tidak dapat dikesan.

Tapi, anda boleh tengok gambar tersebut di laman web FH sendiri.

Ia dijangka dilancarkan pada Julai 2020, dengan kit ketiga, berwarna hitam pada bulan ini.

Amacam, cun ke tak?


Foto dan sumber: FootyHeadlines

Ini mungkin rupa sebenar jersi baharu Manchester United Ini mungkin rupa sebenar jersi baharu Manchester United Reviewed by Hilal Azmi on June 01, 2020 Rating: 5

No comments