Home Top Ad

iOS 14 tiru Android tapi mana lagi best?



Pelancaran iOS4 menunjukkan beberapa teknologi yang dikatakan meniru fungsi atau ciri-ciri pada sistem operasi Android.

Tapi mana satu lagi best?

Semua ada pendapat peribadi tapi ini kami punya review.

App Drawer (kiri) App Library (kanan) Foto: Apple dan Google

App Library vs App Drawer

Dulu aplikasi yang kita download pada iOS semua bertabur melainkan orang itu menyusunnya sendiri.

Sekarang dengan App Library di iOS 14, semuanya boleh tersusun dan dikatakan lebih baik kerana ada pada home screen.

Sementara App Drawer disusun dan diletakkan mengikut abjad.

Foto Apple.com

App Clips vs Google Play Instant

Fungsi mencuba app tanpa memasangnya sudah wujud sejak 2018 pada peranti Android, di nama ia boleh diakses terus dari Play Store, pautan atau Google Search.

Apple Clips juga membantu mencari aplikasi yang mahu digunakan dengan segera namun ia menambah ciri-ciri untuk mencipta QR code untuk menunjukkan versi aplikasi yang dicari pada App Clip.

Foto Apple.com

Mode Picture-in-Picture

Ini fungsi multitasking yang ada pada Android, di mana anda boleh terus menonton video sambil mengakses aplikasi seperti Whatsapp dan lain-lain pada masa yang sama.

iPad sudah ada fungsi ini namun ia baru diperkenalkan pada iOS dan berbanding dengan fungsi sama yang ada pada Android, anda masih boleh swipe window yang dibuka ke tepi, menyimpan aplikasi tetapi audionya masih lagi dimainkan.

Dengan satu tap anda boleh membuka semula aplikasi yang disimpan itu.

Apple nampaknya sering menambah baik fungsi yang sudah wujud pada Android dan ini memang sudah menjadi tradisi syarikat gergasi teknologi itu sejak era Steve Jobs lagi.

Walapun ada inovasi yang tersendiri namun kebanyakan dihasilkan dengan menambah baik yang sudah ada.

Apa pun kami pasti Google, pembangun Android hanya menunggu masa untuk menambah baik ciri-ciri pada sistem operasi itu tidak lama lagi.



iOS 14 tiru Android tapi mana lagi best? iOS 14 tiru Android tapi mana lagi best? Reviewed by Hilal Azmi on June 24, 2020 Rating: 5

No comments