Home Top Ad

Kenapa Tentera Terracotta dibina?



Tentera Terracotta adalah koleksi skulptur tanah liat yang dibina sebagai seni pengkebumian, menggambarkan bala tentera Maharaja China yang pertama, Qin Shi Huang (259-210SM). 



Ia dihasilkan sekitar tahun 210-209 Sebelum Masihi bawah perintah Maharaja Qin dengan tujuan sebagai melindungi baginda di alam matinya, dengan kerahan lebih 700,000 pekerja dari setiap wilayah China.

Pembinaannya adalah model skala yang mewakili istana Maharaja, seluruh Empayar China dan cakerawala. Ia juga dilengkapi dengan senjata cetusan automatik untuk membunuh pencuri makam, malah pengukirnya juga ditanam hidup-hidup bersama figura-figura tanah liat itu untuk melindungi rahsia pembinaannya.

Kompleks itu menempatkan lebih daripada 8,000 tentera, 130 pedati dengan 520 kuda, 150 kuda tempur, yang ditanam sekitar makam Maharaja Qin. Selain tentera, turut ditemui figura pegawai, akrobat, dan ahli muzik.


Setiap satu figura ini dibuat dalam saiz 1:1 dengan ciri yang unik, mengikut pangkat dan kedudukan serta wajah yang berlainan antara satu dengan lain serta dilengkapkan dengan persenjataan sebenar.



Parit-parit yang menempatkan tentera tanah liat ini ditemui semula pada Mac 1974 oleh petani tempatan di daerah Lintong, dekat Xi'an, Shaanxi, China ketika sedang menggali tanah mencari sumber air untuk dijadikan telaga di kawasan itu.


Asalnya, setiap figura yang dibuat juga dicat dengan warna. Selepas tertanam ribuan tahun, tanggal lah warnanya, tapi ada sedikit yang masih tinggal pada beberapa skulptur.

Kompleks Makam Maharaja Qin Pertama yang menempatkan Tentera Terracota ini dilabel Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1987.





Kenapa Tentera Terracotta dibina? Kenapa Tentera Terracotta dibina? Reviewed by Hilal Azmi on June 03, 2020 Rating: 5

No comments