Home Top Ad

Kuasa menyembuh dengkuran kucing


Selalunya kucing kalau kita usap atau geletek, mesti mereka berdengkur. Orang putih kata 'purr'. Kita ingat kucing itu suka dengan perbuatan kita.

Sebenarnya bunyi dengkuran itu tidak semestinya dihasilkan kucing apabila mereka gembira. Sehingga hari ini, saintis masih mengkaji apa yang sebenarnya membuatkan kucing berdengkur.

Setakat ini, ia dipercayai sebagai salah satu cara kucing berkomunikasi. Namun seperti juga manusia, ada kucing yang kuat berdengkur malah ada juga yang tak berdengkur langsung.

Satu hipotesis mempercayai bahawa dengkuran kucing mempunyai kuasa menyembuh yang hebat. Ia dilihat sebagai salah satu cara kucing 'menyembuhkan dirinya sendiri', juga kepada manusia yang berdekatan.

Dengkuran kucing bergetar pada frekuensi 25-150Hz, sama dengan frekuensi yang memberikan rawatan terapeutik kepada manusia. 

Secara perlahan ia dapat menyembuhkan kecederaan pada tulang dan kulit. Menurut kajian, tulang bertindak balas pada 20-50Hz sementara kulit respon kepada sekitar 100Hz.

Membelai kucing juga diketahui sebagai salah satu cara menghilangkan tekanan, di mana ada kajian mendapati orang yang mempunyai kucing dapat mengurangkan risiko masalah jantung kepada 1/3.

Kuasa penenangnya sama seperti kita mendengar deruan air di sungai dan melihat ombak menghempas pantai.

Jadi setiap kali apabila ada kucing datang kepada anda, duduk di atas riba dan mula berdengkur sambil matanya terpejam macam bertapa, ketahuilah bahawa anda sedang 'disembuhkan'.




Kuasa menyembuh dengkuran kucing Kuasa menyembuh dengkuran kucing Reviewed by Hilal Azmi on June 21, 2020 Rating: 5

No comments