Home Top Ad

Legenda asal usul Singapura


Singapura, sebuah pulau di selatan semenanjung Tanah Melayu di Asia Tenggara, asalnya bernama Pulau Temasek.

Ia tertulis dalam catatan kembara Marco Polo, bahawa ada sebuah tempat dipanggil Chiamassie (kan bunyi nak dekat sama dengan Temasek) yang berkaitan dengan kerajaan kepulauan Malayur (Melayu).

Menurut kitab Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Singapura diasaskan pada 1299 oleh seorang putera kerajaan Srivijaya di Palembang bernama Sang Nila Utama.

Ketika memburu di Bintan, kepulauan Riau, Sang Nila Utama terlihat sebuah pulau yang pasirnya putih di seberang laut yang dilihatnya semasa berdiri di atas sebuah batu besarItulah Pulau Temasek.

Kapal baginda dilanda taufan ketika sedang berlayar menuju ke Temasek. Hanya selepas Sang Nila Utama mencampakkan mahkotanya ke laut, barulah ribut berhenti dan mereka selamat mendarat di pantai Temasek.

Sampai tempat baharu, apa lagi, berburu lah. Tiba-tiba, baginda ternampak seekor haiwan yang badannya berwarna merah, kepalanya hitam dan dadanya putih sebelum ia masuk ke hutan dan hilang dari pandangan.

Ditanya kepada menteri kanannya yang ikut sama, Demang Lebar Daun, *"haiwan apakah itu, haiwan apakah itu?" Dijawab Demang Lebar Daun, "barangkali singa tuanku." 

Lantas dinamakan pulau yang baru dijejakinya itu sebagai Singapura, bererti Bandar Singa ('Pura' adalah bahasa Sanskrit untuk bandar).

Peristiwa legenda ini dianggap sebagai satu kisah simbolik tentang kedaulatan dan hubungan Melayu dengan tanahnya, memandangkan Melayu adalah bangsa yang penuh kiasan.

Singa diketahui tidak pernah wujud di Asia Tenggara, jadi haiwan yang dilihat Sang Nila Utama itu mungkin harimau, atau mungkin juga haiwan mitos Minangkabau yang dipanggil 'jaggi'.

Apa pun spesisnya haiwan itu, figura singa sebagai simbol kuasa menjadi pegangan di wilayah yang dipengaruhi elemen Hindu-Buddha di Asia Tenggara.

*dialog hanyalah rekaan semata-mata.
Legenda asal usul Singapura Legenda asal usul Singapura Reviewed by Hilal Azmi on June 23, 2020 Rating: 5

No comments