Home Top Ad

Lukisan kanak-kanak hiasi cover Vogue Italia

Foto: Instagram @vogueitalia
Buat pertama kali dalam sejarah, muka hadapan majalah fesyen terkemuka dunia, Vogue Italia dihiasi dengan lukisan kanak-kanak bagi isu Jun 2020 majalah tersebut.

Isu Jun 2020 yang keluar pada 9 Jun itu akan melibatkan lapan muka depan ataupun cover khas sebagai memperingati kanak-kanak yang terpaksa melalui dunia baharu akibat krisis COVID-19.

Lukisan kanak-kanak sekitar dua hingga sepuluh tahun itu dipilih seiring dengan tema "Dunia Baharu Kami" yang menumpukan kebebasan bermain dan bersosial yang dihadkan sejak pandemik COVID-19.

Menurut Ketua Pengarang Vogue Italia, Emanuel Farneti, golongan kanak-kanak sering dilepas pandang walaupun mereka juga antara yang terjejas akibat pandemik.

Berikut antara lapan lukisan yang terpilih, hasil kerja anak kecil dari serata dunia.


Gambar gayaan Chanel Official ini merupakan hasil seni Violetta T., 5 tahun, dari Milan, Itali. 

Pada mulanya dia tidak setuju untuk melukis namun apabila dapat tahu ia akan ditampilkan di muka depan majalah, dia tergelak besar dan terus bersemangat untuk melukis.


Juga gambaran gaya Chanel Official, lukisan yang memberi ilusi labuci dan bintang pada blaus ini membuktikan kesungguhan dan kerja keras Rachele T., 5 tahun, dari Bologna, Itali. 



Ini pula hasil kerja Pietro R., 6 tahun, daripada Milan, Itali. 

Menurut Vogue Italia, si kecil ini yang mempunyai minat terhadap kereta api, kenderaan dan semua benda yang yang menggunakan kuasa mekanik.

Lukisan itu Vogue menemukannya dengan minta untuk melukis wanita, dengan cara tersendiri lah.






"Ia sangat menyeronokkan! Saya gembira apabila menghasilkan lukisan ini, lagi-lagi bahagian bajunya. 

Apa yang istimewa, ia merupakan busana fesyen! Warna yang cantik ini memberi rupa fesyen," kata pelukis, Nori T., 5 tahun, dari Amsterdam, Belanda.




Bagi Tadzio D.M, 6 tahun dari Paris, Perancis, "Dunia Baharu Saya" memberi maksud dunia dipenuhi haiwan. 

Itu yang ditampilkan Tadzio dalam lukisannya, iaitu seekor penguin. Menurutnya, burung penguin yang mempunyai warna yang cantik itu berjalan dengan lucu dan hidup di Antartika.




Gambar warna-warni ini hasil kerja Giorgio P., 10 tahun, daripada Parma, Itali, yang juga menampilkan rekaan Chanel daripada koleksi Metiers D'art 2019/2020.





Camilla C., 2 tahun, daripada Dakar, Afrika adalah yang paling muda yang turut serta. 

Cerita disebalik gambar ini ialah, Vogue meminta gambar resolusi tinggi gambar ini, namun dikatakan telah dibuang kerana terlalu banyak lukisan dihasilkan setiap hari oleh adik kecil berbakat itu.

Semua lukisan muka hadapan boleh dilihat di laman Instagram rasmi @vogueitalia dan lama web rasmi, vogue.it.com.

Yang manakah pilihan anda? Kongsikan dengan kami!




Lukisan kanak-kanak hiasi cover Vogue Italia Lukisan kanak-kanak hiasi cover Vogue Italia Reviewed by Hilal Azmi on June 11, 2020 Rating: 5

No comments