Home Top Ad

Mohamed Salah, Raja Baharu Liverpool

Mo Salah di sebuah stesen minyak di Sainsbury. Foto: Twitter @RockyKlopp


Trending sejak semalam cerita mengenai penyerang Liverpool, Mohamed Salah yang payung semua orang isi minyak di sebuah stesen di Sainsbury. 

Berdasarkan laporan orang ramai, Salah tiba di stesen minyak, masih berpakaian kit latihan Liverpool dan belanja semua orang yang sedang mengisi minyak di situ.





Ramai penyokong Liverpool memuji tindakan Salah dan ada yang menyatakan “He’s Our King!”.

Nampaknya bukan setakat King of Egypt gelaran yang diberi kepada Salah tetapi Salah juga adalah King of Liverpool.


Atas budi yang baik di tunjukkan Mo Salah, ada peminat yang mahukan lebih ramai sepertinya, hebat di atas padang dan hebat juga di luar padang. 

Perkara ini bukan sahaja mencuri perhatian penyokong Liverpool, tetapi rakan bro-love Salah di Liverpool, Dejan Lovren sempat berjenaka mengenai cerita yang viral tersebut.

Lovren menyatakan ia satu perkara yang mulia, tapi kalau boleh sekali-sekala belanja la dia minum kopi. 

Menurut tweet Lovren itu, Salah tak pernah belanja dia kopi tapi boleh pula bayar minyak untuk orang lain.


Liverpool kini hanya menunggu masa sahaja dinobat sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 30 tahun mencuba. 

Ia merupakan gelaran ke-19 liga utama Inggeris di mana the Reds belum pernah menang sebarang gelaran EPL sejak ia diperkenalkan pada 1992. 

EPL dijadual bersambung semula pada 17 Jun selepas ia digantung sejak 13 Mac akibat pandemik coronavirus.

Mohamed Salah, Raja Baharu Liverpool Mohamed Salah, Raja Baharu Liverpool Reviewed by Hilal Azmi on June 12, 2020 Rating: 5

No comments