Home Top Ad

Nike kata “Don’t Do It”, Adidas beri sokongan



Buat pertama kali dalam sejarah, syarikat gergasi pakaian sukan, Nike mengubah slogan katanya Just Do It kepada Don’t Do It.

Slogan sementara itu bukan untuk suruh orang berhenti atau putus asa, tetapi bagi menyokong kempen anti-perkauman tatkala rusuhan dan protes akibat 'pembunuhan' seorang lelaki kulit hitam, George Floyd oleh Amerika Syarikat di Amerika Syarikat.

Nike mengeluarkan mesej itu menerusi sebuah video di platform media sosial dengan #UntilWeAllWin mereka dimana ia diharap menjadi inspirasi menangani masalah yang mendalam dihadapi negara itu dan membantu membentuk masa depan yang lebih baik.

Ketika iklan ini dikeluarkan, protes kematian Floyd dan individu lain yang dibunuh oleh polis di negara itu giat dijalankan.

Lebih menakjubkan, pesaing utama Nike dalam industri pakaian sukan, Adidas turut menunjukkan sokongan terhadap kempen Nike tersebut dengan me-Retweet dengan mesej “Together is how we move forward, Together is how we make change” 


Nike bekerjasama dengan agensi syarikat itu, Wieden + Kennedy Portland pada video tersebut.

Ini bukan kali pertama Nike menyokong kempen anti-perkauman dan tidak keadilan kaum di negara itu.

Pada ulang tahun ke-30 Just Do It pada 2018, kempen ‘Dream Crazy’ syarikat itu dengan cara tidak langsung menyokong pejuang kempen anti-perkauman apabila memaparkan quarterback San Francisco 49ers, Colin Kaepernick.

Kapernick mencuri perhatian ramai selepas dia melakukan protes terhadap kekejaman polis terhadap warga Afrika Amerika dengan melutut semasa lagu kebangsaan Amerika dimainkan pada 2016.

Nike kata “Don’t Do It”, Adidas beri sokongan Nike kata “Don’t Do It”, Adidas beri sokongan Reviewed by Hilal Azmi on June 01, 2020 Rating: 5

No comments