Home Top Ad

Nouvelle Vague, gerakan memecah norma filem Perancis

Jean-Luc Godard (kiri) dan François Truffaut.
La Nouvelle Vague, atau 'Gelombang Baharu' (New Wave) adalah satu gerakan seni filem di Perancis yang mula bergerak pada lewat 1950-an.

Ia menolak cara pembikinan filem secara tradisional yang banyak dipengaruhi cara Amerika, meneroka teknik baharu yang tidak pernah dibuat sebelumnya.

Selain daripada bereksperimen dengan cara suntingan dan stail visual, penceritaannya juga lebih menyentuh isu sosial dan mengupas tema eksistensial.

Ia bermula dengan satu manifesto yang hadir dalam bentuk esei tulisan François Truffaut yang diterbitkan dalam majalah filem bulanan di Paris, Cahiers du cinema (Nota kepada sinema) pada 1954.

Esei bertajuk Une certain tendance du cinéma français (Beberapa kecenderungan sinema Perancis) mengkritik dan menolak Tradition de qualité (Tradisi kualiti) yang diamalkan dalam pembikinan filem-filem arus perdana di negara itu.

Selain Truffaut, beberapa pembikin filem muda antaranya Jean-Luc Godard, Éric Rohmer, Jacques Rivette dan Claude Chabro adalah rakan seperjuangan pelopor Gelombang Baharu.

Godard antara nama yang paling prominen, di mana filem-filemnya seperti 'Breathless', 'My Live to Live' dan 'Masculine Feminine' adalah karya yang memberi definisi baharu kepada pembikinan filem di Perancis.

Anna Karina dan Jean Seberg adalah bintang wanita Gelombang Baharu yang paling ikonik, terkenal dengan stail fesyen mereka yang mencetus trend di Perancis ketika itu.

Jean Seberg

Anna Karina


Nouvelle Vague, gerakan memecah norma filem Perancis Nouvelle Vague, gerakan memecah norma filem Perancis Reviewed by Hilal Azmi on June 06, 2020 Rating: 5

No comments