Home Top Ad

Pelancaran Crew Dragon Terlalu Amerika



Pada Sabtu, sejarah tercipta apabila angkasawan NASA berjaya dibawa keluar orbit dengan menggunakan roket yang dilancarkan di Amerika Syarikat, sejak program space shuttle NASA dihentikan pada 2011.

Mereka dihantar ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan roket Falcon 9 yang dibina oleh Space X dan direka oleh Crew Dragon.

Memang menakjubkan kerana ini adalah roket komersial untuk manusia yang pertama yang berjaya dilancarkan dengan membawa penumpang.

Pentadbir NASA, Jim Bridenstine dengan penuh semangat nasionalisme berterima kasih kepada semua yang terlibat dengan menegaskan ia satu pencapaian yang signifikan.

Ia merupakan langkah pertama penerbangan angkasa untuk manusia dimulakan semula dengan melancarkan angkasawan Amerika dengan roket Amerika dari tanah Amerika.

Terlalu banyak Amerika tapi OK la sebab memang sepatutnya mereka bangga dengan kejayaan ini yang dipelopori Elon Musk, yang lahir di Afrika Selatan, memegang kewarganegaraan Kanada sehingga menjadi warganegara Amerika pada 2002.

Jurutera roketnya pula nama Tom Mueller, jurutera Amerika yang mempunyai nama keluarga orang Bavaria (Jerman).




Di sebalik kejayaan pelancaran ini dan juga kejayaan angkawasan, Bob Behnken and Doug Hurley, Bridenstine tidak akan menarik nafas lega selagi dua angkawasan itu pulang ke bumi dengan selamat menggunakan roket yang sama.

Percubaan pelancaran pertama misi ini sepatutnya pada Rabu, namun dibatalkan kurang 17 minit sebelum berlepas akibat cuaca buruk sebelum ditunda ke hari ini.

Pelancaran itu merupakan satu kejayaan baharu untuk roket yang boleh digunakan semula yang dipelopori syarikat Musk bagi menjadikan penerbangan angkasa lebih murah dan kerap.

Kali terakhir NASA melancarkan angkasawan ke angkasa dengan roket baharu adalah pada 40 tahun lalu ketika permulaan program ulang-alik angkasa.

Syabas SpaceX, nanti everyone can fly to space and soon Marikh dan Bulan.


Foto: Instagram @spacex

Pelancaran Crew Dragon Terlalu Amerika Pelancaran Crew Dragon Terlalu Amerika Reviewed by Hilal Azmi on June 01, 2020 Rating: 5

No comments