Home Top Ad

Predator 20 Ultraboost Kelabu Bakal Menjelma



Adidas Ultraboost Predator merupakan koleksi yang menarik perhatian ramai terutama sekali pemain street soccer ataupun freestyler.

Colorway sentiasa diperbaharui dan yang terbaru didedahkan Footy Headlines adalah berwarna kelabu.

Ciri-cirinya adalah sama seperti Adidas Predator Ultraboost yang sebelum ini dengan reka bentuk yang diinspirasikan daripada design but bola Predator yang digunakan di padang.

Semua tahu, Ultraboost adalah antara kasut yang paling selesa untuk berlari dan dipakai semasa berjalan kerana ia menyerap impak dengan baik dan mengembalikan tenaga kepada pemakai.

Adidas Predator 20.1 TR soccer ini akan mula dijual bulan ini, dijangka dijual pada sekitar RM600.



Predator 20 Ultraboost Kelabu Bakal Menjelma Predator 20 Ultraboost Kelabu Bakal Menjelma Reviewed by Hilal Azmi on June 08, 2020 Rating: 5

No comments