Home Top Ad

Rahsia kesedapan Coca-Cola




Cerita pasal Coke, lagi-lagi tengah panas terik, dapat dengan ais macam dalam gambar atas ni masuk tekak, PEH. *Ini bukan iklan ya. Minum air apa pun tengah panas terik lagi-lagi air sejuk memang sedap.

Minuman berkarbonat termasyhur, Coca-Cola asalnya dicipta sebagai sejenis ubat paten oleh pengamal biokimia, John Pemberton pada 1886.

Sebagai veteran Perang Saudara Amerika yang tercedera, Pemberton mencari pengganti kepada ubat penahan sakit, morfin yang didapati dadah yang berbahaya. Pada 1885, dia mendaftarkan produk baharu keluaran syarikatnya, tonik saraf bernama Pemberton's French Wine Coca.

Setahun kemudian apabila Atlanta dan Fulton County meluluskan undang-undang larangan minuman beralkohol (Prohibition), Pemberton mengubah suai Wine Coca itu menjadi minuman tanpa alkohol dan dinamakan Coca-Cola.

John Pemberton, pencipta Coke.

Nama Coca-Cola diambil sempena dua kandungan stimulan utamanya, kokain dan kafein. Kokain datang dari daun koka, dan kafein didapati daripada kacang kola Afrika yang digunakan sebagai perasa minuman itu.

Dahulunya, segelas Coca-Cola mengandungi kira-kira 9 miligram kokain. Pada 1903, kandungan kokain katanya telah dinyahkan dan menggunakan ekstrak daripada hampas daun koka sebagai ganti kepada daun koka segar.

Daun koka.

Ramuan sebenar Coca-Cola kekal rahsia sejak 1891 sehingga hari ini, dan hanya diketahui oleh beberapa orang kakitangan syarikat yang mana identiti mereka juga tidak diketahui.

Walaupun kandungan kokain sudah lama dikeluarkan daripada minuman itu (katanya), orang di tenggara AS, kawasan di mana Coca-Cola dicipta, masih memanggilnya sebagai 'dope' (dadah) dan lori yang membawa Coca-Cola dipanggil 'dope wagon'.

Rahsia kesedapan Coca-Cola Rahsia kesedapan Coca-Cola Reviewed by Hilal Azmi on June 05, 2020 Rating: 5

No comments