Home Top Ad

Son Ye Jin kalahkan Lisa Blackpink untuk gelaran wanita tercantik di dunia!


Wanita paling cantik di dunia bagi tahun 2020 adalah Son Ye Jin, apabila mengalahkan Lisa Manoban dari Blackpink dalam satu undian yang diadakan Top 100 List.

Lalisa mendapat tempat kedua, walaupun mendominasi kebanyakan undian yang diadakan di media sosial.

Bintang 'Crash Landing on You' itu menerima undian tertinggi dalam satu tinjauan global, dengan mengumpul 4.3 juta undian daripada 13,955,584 undian keseluruhan yang dibuat secara online. 

Jumlah undian tersebut mengatasi undian yang diterima Lisa dengan lebih daripada 500,000 undi. Undian dibuat menerusi lima platform media sosial dan di laman web.




Selain kecantikan, kriteria yang turut diambil kira ialah daya tarikan dan juga populariti. Undian dibuka selama sebulan dan Ye Jin, 38, berjaya menewaskan tiga calon akhir lain iaitu Lisa BLACKPINK, Tzuyu TWICE dan pelakon Thailand, Urassaya "Yaya" Sperbund.

Turut disenarai dalam 10 teratas adalah aktres Song Hye Kyo, tiga anggota BLACKPINK iaitu Jisoo, Rosé dan Jennie, Sana TWICE, bintang K-Pop dari India, Priyanka Mazumdar dan pelakon Filipina, Liza Soberano.



Kalau ada yang tak puas hati, undi kat bawah ni, siapa yang tercantik di dunia bagi anda.






Tengok senarai penuh 100 wanita tercantik di dunia (pilihan netizen) di https://starmometer.com/2020/05/22/100-most-beautiful-women-in-the-world-2020-full-list/
Son Ye Jin kalahkan Lisa Blackpink untuk gelaran wanita tercantik di dunia! Son Ye Jin kalahkan Lisa Blackpink untuk gelaran wanita tercantik di dunia! Reviewed by Hilal Azmi on June 12, 2020 Rating: 5

1 comment

  1. Very informative, very well-kept posting such informative topics.
    Windows 10 21H1

    ReplyDelete