Home Top Ad

Sudah tiba masa untuk buang David Luiz


Premier League dah kembali dan ramai yang teruja kerana sudah 100 hari tak ada aksi bola sepak yang dimainkan oleh pemain-pemain yang termahal di dunia.

Hari pertama awal pagi tadi dah ada perlawanan big six team (dulu big four, tapi sebab Manchester United asyik duduk no.5-6 kena adakan term big six), Manchester City lawan Arsenal.

Sekali game tak sehebat yang disangka daripada pasukan yang pernah digelar ‘invincible’ (kini invisible), the Gunners yang disandarkan harapan oleh sekurang-kurangnya 50% penyokong Liverpool untuk mereka membenam City.

City kawal game dengan baik, pass tak henti-henti, Arsenal tengok bola sampai dua pemain cedera cuba mendapatkan bola daripada pemain City dari mula sampai hujung.

Akhirnya, selepas 0-0 Aston Villa lawan Sheffield sebelum itu, Raheem Sterling berjaya membolosi gawang the Gunners, terima kasih kepada David Luiz yang tak reti nak tahan bola yang melambung.

Kesian Bernd Leno, kena tadah badan selama dua saat untuk tunggu Sterling melepaskan half volley kencang, di mana bola melalui 5 sentimeter dari tangannya (agak-agak je ni).

Luiz tak dipilih sebagai kesebelasan utama, sendiri mau ingat la kenapa tak dipilih, jadi pada babak kedua, dia buat lagi keputusan tak masuk akal dengan cuba merebut bola daripada Riyad Mahrez.

Terang-terang bola jatuh dekat dengan Mahrez, senang ja player Algeria itu tolak bola dan pecut masuk dalam kotak penalti, di mana Luiz membuat keputusan budak sekolah, dengan menarik bahu Mahrez dalam kotak penalti.

Apa lagi, dah menjadi budaya pemain bola apabila kena pegang, jatuh la, dapat penalti.

Lagi menyusahkan Arsenal dibuat Luiz apabila dia turut diperintah keluar padang, kena kad merah.



Leno, penjaga gol kelapan termahal dunia itu mudah ditipu oleh Kevin de Bruyne untuk gol kedua City sebelum Phil Foden melengkapkan kemenangan 3-0, hasil bantuan Sergio Aguero yang menyepak bola ke tiang gol untuk disudahkan pemain muda England itu.

OK, Luiz mengaku dia punca kekalahan malam itu. Bagus jujur.

Adakah sebab stadium kosong dan bunyi tiruan penonton di TV menyebabkan kita tak naik semangat ataupun memang pemain-pemain yang dibayar gaji sangat mahal ni tak jaga kecergasan mereka pada tahap yang sepatutnya.

Apapun memang best Premier League dah kembali sebab nak tunggu ada team tu menang selepas 30 tahun dalam stadium kosong.

Semua perlawanan boleh disaksikan di saluran Astro Supersports dan juga aplikasi Astro GO!

Sudah tiba masa untuk buang David Luiz Sudah tiba masa untuk buang David Luiz Reviewed by Hilal Azmi on June 18, 2020 Rating: 5

No comments