Home Top Ad

Tak la teruk mana pun jersi Spurs ni


Dibuat ikut template, marah. Dibuat design unik pun marah.

Susah nak puaskan semua hati penyokong, tapi yang penting, sokongan mereka tak pernah luntur terhadap pasukan masing-masing, walaupun tak pernah menang piala.

Inilah jersi musim 2020/21 Tottenham Hotspur, seperti didedahkan Footy Headlines.

Sebelum ini, media tempatan ada melaporkan penyokong marah dengan rekaan jersi terbaharu buat Spurs ini.

Namun dalam banyak-banyak yang marah, ada yang suka sebab rekaannya futuristik, yang menunjukkan masa depan yang cerah buat Spurs.

Dengan tema warna putih, biru dan garisan kuning, kit terbaharu ini lebih gah dan mencuri tumpuan peminat berbanding kit Nike musim lepas.

Corak pada jersi ini dikatakan zig zag tapi kami tak tahu apa konsep zig zag ni.

Penyokong rasmi Spurs tahu tak?

Nike yang dikenali mengeluarkan template atau pencontoh rekaan yang sama bagi semua jersi mereka sebelum ini dikatakan mahu mengubah persepsi itu.

Adakah mereka berjaya melakukannya dengan baik? 

Tak la teruk mana pun jersi Spurs ni Tak la teruk mana pun jersi Spurs ni Reviewed by Hilal Azmi on June 02, 2020 Rating: 5

No comments