Home Top Ad

Tarantella, tarian labah-labah



Di sebuah daerah bernama Taranto di selatan Itali, gigitan sejenis labah-labah serigala Lycosa tarantula yang dinamakan sempena nama wilayah itu, dipercayai berbisa dan menyebabkan kondisi histeria yang dinamakan 'tarantism'.

Dikatakan, mangsa yang pengsan dan kekejangan akibat gigitan itu akan mula menari mengikut rentak muzik yang bersesuaian, dan perlahan-lahan akan pulih daripada bisa labah-labah tersebut.

Muzik dan tarian itu dinamakan 'Tarantella', yang terkembang menjadi tarian rakyat popular di Itali, terutamanya di wilayah selatan dan juga di Argentina. Jauh labah-labah ni jalan.


Muzik Tarantella yang dimainkan untuk merawat gigitan labah-labah itu asasnya terhasil daripada bunyi mandolin, akordion dan tamborin. Asalnya ia ditarikan secara solo oleh mangsa gigitan labah-labah Lycosa tarantula selama beberapa jam malah sampai berhari-hari.

Bagaimana sengatan labah-labah boleh terawat daripada tarian? Apabila kita menari, peredaran darah menjadi laju dan kita akan berpeluh, lalu bisa sengatan itu lama-lama mencair dan keluar daripada badan melalui peluh. Mungkin begitulah pemikirannya, sejauh mana keberkesanannya secara saintifik tidak diketahui.

Ritual tarantism dikatakan berakar daripada mitos Greek purba, di mana ada sebuah kultus yang memuja Dyonisus, dewa tuaian anggur, wain, kesuburan, kegilaan ritual, ekstasi keagamaan, perayaan dan teater. Banyak portfolio dewa ni.

Tarian dan muzik Tarantella ada banyak variasi, mengikut daerah dan wilayah. Ini satu daripada contohnya:


Tarantella, tarian labah-labah Tarantella, tarian labah-labah Reviewed by Hilal Azmi on June 04, 2020 Rating: 5

No comments