Home Top Ad

Trending: Pemandu Mabuk Pembunuh



Hari ini trending #PemanduMabukPembunuh.

Ramai warga Malaysia dengan lebih 3000 tweet.

Pertama kali digunakan pada 11 Februari, ia bagi mengingatkan orang ramai mengenai kes pemandu mabuk yang dikatakan kian meningkat di Malaysia, apabila 10 kes dilaporkan media pada bulan Januari 2020.

Pada Januari, pengguna twitter @TnAzriqMuhammad memulakan hashtag tersebut, tetapi pada hari ini, @hanifjamals menggerakkan hashtag itu untuk seluruh rakyat Malaysia memberi tekanan kepada pihak berkuasa untuk lebih tegas dalam mengendali kes pemandu mabuk ini.
Perasaan marah, sedih dan kecewa dikongsikan di Twitter dan ia mula sampai ke kemuncak apabila membaca berita seorang penghantar makanan maut dilanggar seorang pemandu yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

Ini pandangan dan cerita yang dikongsi mengenai pemandu mabuk.




Pihak berkuasa tidak berdiam diri dalam hal ini, malah Kementerian Pengangkutan (MOT) ada melakukan survey untuk isu ini.



Apakah hukuman yang kita mahu kenakan terhadap 'pembunuh' ini?

Sudah pasti, hukuman dan penguatkuasaan sahaja tidak cukup tanpa pendidikan dan kesedaran yang sepatutnya.

Masalah kesedaran keselamatan jalan raya di negara ini asalnya memang sudah lemah.

Lihat sahaja bagaimana ada ibu bapa yang membawa anak mereka menunggang motosikal tanpa topi keledar, ramai yang masih tidak memasang kerusi keselamatan kanak-kanak dan masih ada yang enggan memakai tali pinggang keledar.

Tindakan tidak endah ini juga membunuh.

Itu belum lagi cerita mengenai penunggang motosikal yang tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.

Jadi, kesedaran dan pendidikan mengenai keselamatan jalan raya harus dimulakan segera, bersama-sama dengan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat untuk memastikan kesejahteraan semua pengguna jalan raya, termasuk pejalan kaki.

Malah dua hari lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengarahkan MOT merangka peindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Setakat ini, individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Bagi yang menyebabkan kematian, mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 44, Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan.

Jadi, inilah yang meresahkan rakyat Malaysia kerana hukuman ini tidak memadai disebabkan perbuatan yang sudah terbukti membahayakan nyawa mereka dan orang sekeliling.

Jadi, sekali lagi kami tanya, apakah hukuman yang patut dikenakan kepada pemandu mabuk ini?

Trending: Pemandu Mabuk Pembunuh Trending: Pemandu Mabuk Pembunuh Reviewed by Hilal Azmi on June 01, 2020 Rating: 5

No comments