Home Top Ad

Tun M bagi 4 tips kepada usahawan hadapi krisis COVID-19


Krisis COVID-19 yang membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi kesan kepada pelbagai perniagaan, ada yang baik, ada yang buruk.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru agar usahawan tempatan tidak putus asa dalam mendepani cabaran, sebaliknya ambil peluang ini untuk kembangkan lagi perniagaan.

Berikut adalah nasihat Tun Mahathir (Tun M) bagi usahawan, termasuk Pengusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan generasi masa hadapan dalam mengambil peluang mengubah krisis kepada peluang.

1 Fikirkan kehendak pasaran dunia, bukan pasaran tempatan sahaja
Menurut Tun M, kemudahan teknologi memudahkan komunikasi antara dua negara di penghujung dunia. Oleh itu, orang ramai tidak harus mengehadkan penjualan di pasaran tempatan sahaja.

2 Mempelajari koding
Dalam era ini, mempelajari kemahiran koding adalah sangat penting oleh kerana lahirnya inovasi, automasi dan robot (AI). Kata Tun M, banyak syarikat memerlukan programer, jadi mempelajari koding sangat berfaedah.

3 Sentiasa sikap terbuka terima peluang
Nasihat Tun M bagi generasi muda adalah supaya teruskan bekerja sambil mengumpul pengalaman dan ilmu pengetahuan. Katanya, bersikap terbuka untuk melihat peluang perniagaan juga adalah terbaik untuk memulakannya di masa hadapan.

4 Kuasai teknik reka bentuk digital
Kini, mengeluarkan produk yang direka bentuk sendiri adalah muda dengan kemudahan komputer. Tun M menggesa masyarakat untuk mengambil langkah untuk menguasai teknik itu untuk kebaikan sendiri.

Foto: Twitter @chedetofficial



Tun M bagi 4 tips kepada usahawan hadapi krisis COVID-19 Tun M bagi 4 tips kepada usahawan hadapi krisis COVID-19 Reviewed by Hilal Azmi on June 03, 2020 Rating: 5

No comments