Home Top Ad

Vivo kata X50 ada teknologi gimbal pada kameranya


Nak video yang lebih stabil dirakam menggunakan telefon pintar?

Vivo melancarkan X5-0, X50 Pro dan X50 Pro+, telefon pintar pertama yang dengan kamera yang berfungsi seperti gimbal ataupun alat yang menetapkan kedudukan walaupun tangan yang merakam tidak stabil.

Foto: Vivo
Teknologi pada telefon pintar tersebut dikenali sebagai Gimbal Camera System dan ia adalah sebuah modul gimbal yang kecil, dimana Vivo menyatakan ia merupakan model yang dibina berdasarkan gimbal sebenar.

Nak menggambarkan lagi kehebatan keluaran X50 ini, syarikat teknologi China itu menggunakan perkataan super dalam kebanyakan ciri-ciri yang ada pada telefon pintar itu seperti Super Night Mode, Super Wide-Angle dan Super Macro Functions.

Foto: Vivo
X50 adalah sedia dengan rangkaian 5G namun spesifikasi penuh telefon itu belum diumumkan secara rasmi.

Laporan menyebut X50 Pro+ akan menggunakan pemproses Qualcomm Snapdragon 865 dengan refresh rate sehingga 120Hz.

Dengan bukaan sehingga 1.6 pada aperture kameranya ia menjanjikan pengalaman merakam gambar yang baik.

Harga bagi siri X50 ini juga tidak diumumkan.




Vivo kata X50 ada teknologi gimbal pada kameranya Vivo kata X50 ada teknologi gimbal pada kameranya Reviewed by Hilal Azmi on June 08, 2020 Rating: 5

No comments