Home Top Ad

7 cara detox yang sihat, bukan minum detox tea


Detox Tea bukan ubat kurus!

Di negara ini, ramai yang mengamalkan minuman detox tea ataupun teh detox ini dengan tujuan untuk kurangkan berat badan.

Bila minum, mesti buang air besar dan kecil dengan banyak, selagi gus memberi gambaran bahawa mereka dah kurus kerana berat badan pun turun.

Namun konsep itu bukan bermakna anda hilang lemak berlebihan dari badan. Ia adalah satu mitos.

Detox tea ni mengandungi kesan laksatif, di mana makanan gerak laju dalam usus, yang menyebabkan anda cepat berak tapi bukan lemak-lemak yang tepu tu yang keluar dari badan anda.

Lebih buruk minum banyak detox tea ni akan menyebabkan anda dehydrated ataupun mengalami kekurangan air akibat dinyahhidratkan.

Mana tak terasa kurus, makan je terus keluar dan berat air pun dah tak ada!

Tu belum kira bahan-bahan sampingan yang diletakkan dalam detox tea yang kita tak tahu, yang boleh menyebabkan kemudaratan lain pula. 

Jadi daripada anda membazirkan wang membeli detox tea yang mahal dengan harapan boleh kurus, baik anda buat TUJUH langkah ini untuk detox badan anda.

1. Kurangkan gula

Ini cara paling senang nak detox. Kurangkan pengambilan gula ataupun pemanis dalam makanan anda. Kalau lagi terer, terus jangan pakai gula.

2. Minum air

Detox yang lagi senang, minum air secukupnya. Bangun pagi minum air kosong atau dengan dengan jus daripada separuh buah lemon.

3. Goyangkan badan anda

Goyang ni maksudnya kerap melakukan senaman. Ia adalah detox sihat yang menggalakkan peredaran darah. Ia boleh membantu meningkatkan penghadaman, kurangkan tekanan, melincirkan sendi dan menguatkan badan kita. 

Orang yang kerap bersenam akan mempunyai jumlah toksin yang kurang berbanding orang yang malas bersenam.


4. Makan lebih banyak buah dan sayur

Kurangkan makanan yang diproses dan banyakkan memakan sayur-sayuran, buah-buahan akan pastikan detox yang lebih baik dan sihat.

5. Lepak dalam sauna

Kalau ada sauna, pergilah mengeluarkan peluh dalam tu kerana ia membantu detox menerusi peluh yang dikeluarkan selain bagus untuk kulit. Tapi jangan la duduk lama-lama sampai jadi telur separuh masak.

6. Makan dengan kerap

Terlepas waktu makan akan merendahkan metabolisme. Lebih buruk, bila makan lambat tak ikut jadual, anda kemungkinan akan makan lebih banyak daripada yang sepatutnya, maklumlah lapar sangat. 

Tapi jangan lah makan nasi kandaq setiap dua-tiga jam. Cari makanan ringan dan sihat untuk mengisi kekosongan perut seperti yogurt, roti gandum penuh dan buah-buahan.



7. Tidur secukupnya

Tidur je pun.

Campurkan dengan senaman yang cukup, diet yang sihat dan tidur yang cukup, ia juga satu amalan detox yang sihat. 

Tidur ni macam rehat ataupun reboot badan kita dengan menghapuskan kafein dalam badan dan pastikan anda ada rutin tidur yang sama. 

Tidur awal, jangan makan pada lewat malam, dan pastikan anda simpan telefon pintar, komputer dan sebagainya, dua jam sebelum anda tidur.

Jangan sesekali gunakan TV dan telefon pintar untuk melelapkan mata anda, ini tak sihat.

Baiklah, cuba amalkan. Hidup anda pasti akan lebih bermakna.
7 cara detox yang sihat, bukan minum detox tea 7 cara detox yang sihat, bukan minum detox tea Reviewed by Hilal Azmi on July 04, 2020 Rating: 5

No comments