Home Top Ad

Apa Fungsi Speaker Dewan Rakyat?


Persidangan Dewan Rakyat kembali pada 13 Julai 2020.


Begitu juga dengan kekecohan di antara Ahli Dewan Rakyat di blok kerajaan, selalunya satu pihak je kecohkan Parlimen tetapi kali ini amat panas dan kedua-dua pihak, kerajaan dan pembangkang buat bising dalam dewan.

Pada Isnin, isu panas, pelantikan Yang di-Pertuan (YDP) Dewan Rakyat baharu dan mula bertugas pada hari yang sama.

Datuk Azhar Azizan Harun atau Art Harun mengganti Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sebagai YDP Dewan Rakyat apabila Mohamad Arif mengosongkan kerusi dan diundi keluar oleh majoriti Ahli Parlimen (MP).

Kenapa YDP ataupun Speaker Dewan Rakyat ini penting?

Ini beberapa perkara penting berkaitan YDP Dewan Rakyat.


Apa fungsi YDP Dewan Rakyat?

YDP atau Speaker Dewan Rakyat berfungsi sebagai Ketua Parlimen dan jurucakap kepada Dewan.

Jawatan ini adalah penting bagi mengamankan situasi di dalam Parlimen, di mana fungsi utama adalah bagi memastikan Persidangan Parlimen berjalan dengan lancar serta memastikan perdebatan dilakukan mengikut peraturan Dewan Rakyat selain bagi membuat keputusan mengenai hal-hal Pentadbiran Parlimen.

Bagaimana seseorang boleh jadi YDP Dewan Rakyat?

Jawatan YDP Dewan Rakyat ditentukan melalui proses pelantikan oleh Ahli Dewan Rakyat yang terdiri daripada MP di blok kerajaan dan blok pembangkang.

Antara kriteria bagi Ahli Dewan Rakyat termasuk warganegara Malaysia, berumur tidak kurang 21 tahun, sempurna akal, bukan muflis dan tidak memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara atau Senator.

Bagaimana Art Harun boleh dilantik?

Pelantikan Art Harun sebagai Speaker Dewan Rakyat diluluskan selepas tiada calon lain diusulkan untuk mengganti Mohamad Ariff, walaupun pembangkang mempersoalkan keperluan untuk menggantikan Speaker buat masa ini.

Art juga merupakan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya serta calon bebas daripada mana-mana parti politik.



Apa Fungsi Speaker Dewan Rakyat? Apa Fungsi Speaker Dewan Rakyat? Reviewed by Hilal Azmi on July 13, 2020 Rating: 5

No comments