Home Top Ad

Apa istimewanya Tasik Chini?

Foto: Astro AWANI

Ahli politik sibuk berkempen sempena PRK Chini pada 4 Julai ini, perlu benar-benar memahami apa yang diperlukan rakyat di Chini, lagi-lagi orang Asli Jakun yang menghuni sebahagian besar duduk di Tasik Chini?

Nama Tasik Chini yang merupakan antara ikon negeri Pahang sering di dengar tetapi berapa ramai sebenarnya yang tahu kisah tasik yang merupakan Rizab Biosfera UNESCO ini?

Ini EMPAT perkara menarik yang anda harus tahu tentang Tasik Chini.


Legenda Tasik Chini

Tasik misteri yang terletak di Pekan, Pahang ini merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.

Menurut legenda, terdapat seekor naga ala Lock Ness bersisik besi yang dikenali sebagai Naga Sri Gumum di dalam tasik. 

Orang Asli Jakun sering melaporkan kemunculan naga itu dari, namun seperti biasa tiada bukti kewujudan naga itu.

Cuma kawasan bukit-bukau di Tasik Chini disamakan dengan bentuk belakang seekor naga.

Tasik Chini hari ini

Kini, tidak ramai daripada orang asli di sekitar Tasik Chini mempunyai pekerjaan yang stabil selain sebahagian kecil yang bekerja dalam industri pembalakan di luar kawasan.

Kebanyakan mereka hidup dengan memancing, menoreh getah dan mengumpul rotan bagi menghasilkan sumpit dan produk pelancongan.

Pemburuan haiwan liar untuk makanan dan penanaman padi sudah berkurangan kerana harga pasaran yang lebih murah boleh didapati.

Sumber makanan turut dibawa masuk ke kawasan kampung namun ada juga yang masih menternak ayam.


Rizab Biosfera pertama Malaysia

Tasik Chini dianugerahkan status Rizab Biosfera oleh UNESCO pada Mei 2009, yang dianggap penting untuk dikekalkan sebagai satu destinasi eko-pelancongan utama di Malaysia.

Status ini juga penting demi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap usaha pemeliharaaan dan pemuliharaan Tasik Chini yang merupakan ekosistem hidupan liar serta hak milik dan tempat tinggal Orang Asli kaum Jakun dan Semai.

Walaubagaimanapun, Tasik Chini serta Sungai Pahang dan sumber air semula jadi di negeri Pahang turut mengalami pencemaran disebabkan aktiviti perlombongan dan pembalakan.

Jika aktiviti seperti ini tidak dikawal, maka Malaysia berkemungkinan hilang satu daripada dua Rizab Biosfera UNESCO di dalam negara.

Tasik Chini sebagai destinasi pelancongan

Tasik bersejarah ini antara destinasi pelancongan yang paling menarik di Pahang, lagi-lagi bagi mereka yang gemar mempelajari tentang sejarah dan cara kehidupan orang asli serta alam semula jadi.

Pelancong boleh melawat Pusat Penyelidikan Tasik Chini untuk mengetahui tentang kepelbagaian flora dan fauna, atau menaiki bot untuk bersantai dan menikmati keindahan pemandangan di sekeliling.

Apa istimewanya Tasik Chini? Apa istimewanya Tasik Chini? Reviewed by Hilal Azmi on July 01, 2020 Rating: 5

No comments