Home Top Ad

Awani main bola?



Apa ingat mereka news desk tak reti main bola? Menyanyi pun pandai tau. Nak cerita banyak tak best, di sini kami share beberapa keping photo aksi budak-budak Astro AWANI main bola, bersama pasukan AWANI FC.

AWANI FC ni terdiri daripada staff dan bekas staff Astro AWANI dan juga staff Astro.

Ian Johan Ariff (Awani/RancakTV) penerbit/hos Bual Bola bersama kapten SA United Legends, team tauke padang Radia Arena. Mereka ada dua lagi padang, Gardens Arena dan Arena 26. 

Hilal Azmi, bos social media Astro AWANI, dulu presenter juga, On Air talent, jangan main-main. Tak selalu turun tapi ada semangat baharu lepas PKP ni. Belum mid-life crisis.

Hilmi Malik, presenter news, reporter yang rajin crossover. Lama tak main, masih ada skill, tapi lari lambat.

Israr Khalid, malas nak cerita, kalau dah follow Rancak TV dengan AWANI tau lah siapa dia ni. (Tengok belah kanan Hilmi cungap cari angin)

Talisman, Zaiful Ariffin, selalu baca news dulu, tapi sekarang jual news dekat AWANI, paling berpengalaman. Tak boleh sebut veteran nanti kecik hati. Pengasas AWANI FC. (no look pass tu)

Adzhar Rokman, assistant producer paling otai di AWANI, 10 pergi, 10 kembali, dia masih ada di situ. 

Fareez Azman, kami import dari media rival. Lama tak main, control baik, reaction masih pantas, tapi lari dah slow. Kepada player bawah ketinggian 5' 4", sila jaga-jaga kalau nampak dia. Reporter paling rajin buat crossover.

Jangan terpedaya dengan rupa, keeper ni lagi dasyat daripada De Gea. Tendang penalti belum tentu boleh lepas. Nama dia Shidan, dia polis bantuan Astro, sebab tu jaga gol baik punya.

Meraikan last kick iaitu gol penyamaan lawan Astro Sports team. Ya, geng sports dekat Astro, maklumlah mereka power main. Kami dapat seri pun jadi lah.

Power tak AWANI? 2 times Astro inter department champion. Dulu la.

Awani main bola? Awani main bola? Reviewed by Hilal Azmi on July 17, 2020 Rating: 5

No comments