Home Top Ad

Betul ke ada "Sumpahan Glee"?


Dunia digemparkan dengan berita kehilangan dan kematian pelakon sitkom Glee, Naya Rivera.

Kudratnya terakhirnya digunakan untuk memastikan anaknya, Josey kembali ke atas bot ketika pergi beranang di Tasik Piru di California.

Rivera hanyut di Tasik Piru, California sementara anaknya yang berusia 4 tahun itu ditemui di atas sedang tidur di atas bot itu pada Rabu.


Pelbagai persoalan timbul dalam kalangan netizen selepas mendengar berita itu, ada yang membangkitkan spekulasi pembunuhan, teori konspirasi serta teori "sumpahan Glee".



Akhirnya persoalan terjawab apabila syerif Ventura County, Bill Ayub mengesahkan mayat Rivera ditemui di tasik yang mana pelakon watak Santana Lopez itu hilang.



Bagaimanapun, spekulasi tidak terhenti kerana kematian Rivera bukan yang pertama di kalangan barisan pelakon Glee.

Ini tiga spekulasi oleh netizen berkaitan teori "sumpahan Glee".


Mayat Naya Rivera ditemui pada 13 Julai, tarikh kematian sama dengan Cory Monteith

Foto: Twitter @preminumlatte


Mayat yang dipercayai milik Rivera ditemui pada 13 Julai 2020, enam hari selepas anak Rivera ditemui sedang tidur berseorangan di atas bot yang disewa Rivera.



Ada netizen di Twitter mengaitkan kematian Rivera dengan kematian Cory Monteith yang jatuh pada tarikh yang sama pada tahun 2013.

Monteith ditemui mati pada tarikh yang sama, tujuh tahun lalu akibat pengambilan alkohol dan dadah jenis heroin yang berlebihan.

Corak kematian tragik

Foto: Twitter @rosemarengrande

Rivera dipercayai maut akibat diseret pusaran air yang kuat ketika berenang di dalam tasik yang terkenal dengan arus yang deras.


Pihak polis percaya bahawa Rivera telah mengumpul semua tenaganya untuk menyelamatkan nyawa anaknya, namun tiada tenaga untuk menyelamat dirinya sendiri. 



Josey, 4 tahun berkata mereka pergi berenang dalam tasik namun ibunya tidak pulang ke bot pontun yang disewa mereka.


Gambar terakhir Rivera sebelum hilang di Tasik Piru.
Foto: Instagram @nayarivera

Kes kematian tragik itu turut disamakan dengan kematian Mark Salling, pelakon watak Noah Puckerman akibat bunuh diri selepas kantoi menyimpan bahan pornografi kanak-kanak pada tahun 2018.

Selain Salling, Matt Bendik, teman lelaki Becca Tobin yang memainkan watak Kitty Wilde dalam sitkom Glee juga disahkan meninggal dunia secara misteri pada tahun 2014.

Pelakon terlibat dengan isu serius

Foto: Twitter @messymeslie

Seperti yang dikatakan di atas, Monteith terlibat dengan pengambilan dadah yang menyebabkan kematian, kemudian Salling terlibat dengan aktiviti pedofilia.

Lagi seorang barisan pelakon Glee, Melissa Benoist mengakui didera oleh bekas teman lelakinya.

Semua ini satu kebetulan, namun sangat pelik mengapa ramai barisan pelakon Glee terlibat dengan kes-kes tragik sebegini. 

Namun begitu, setiap kematian adalah tragik dan menyedihkan dan ini semua hanya teori konspirasi yang tiada bukti kukuh.


Apa pendapat anda pula? Kongsikan pada kami.


Foto Cover: Gambar Naya Rivera bersama anaknya, Josey yang dimuat naik pada hari lahir Josey pada 18 September 2019. Foto: Instagram @nayarivera



Betul ke ada "Sumpahan Glee"? Betul ke ada "Sumpahan Glee"? Reviewed by Hilal Azmi on July 14, 2020 Rating: 5

No comments