Home Top Ad

Cerita gila Koulibaly dengan Maurizio Sarri


Kayu ukur kehebatan sesebuah kelab bola sepak selalu diletakkan pada pengurusnya. Buruk aksi pasukannya, buruklah percaturan pengurusnya. 

Selalu kita tetapkan kayu ukur itu pada bilangan kemenangan dan kekalahan di atas padang, tetapi sebenarnya menarik untuk kita lihat bagaimana seseorang pengurus itu menguruskan anak buahnya.

Ini ada satu cerita tentang pengurus Juventus, Maurizio Sarri ketika lelaki Itali ini mengendalikan Napoli tiga musim dari 2015 ke 2018. 

Semasa itu, Kalidou Koulibaly bermain di bawah pengurusan Sarri. Satu hari pada Januari 2016,  kapten Senegal itu mendapat panggilan telefon memberitahu bahawa isterinya sudah dimasukkan ke wad bersalin untuk melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Koulibaly berkongsikan kisah itu dalam The Players' Tribune, menceritakan apa yang terjadi pada hari tersebut. Saya terjemahkan (cerita ni legend):

"Saya takkan lupa hari anak lelaki saya dilahirkan. Isteri saya ke klinik pagi itu dan kami akan berdepan Sassuolo di laman sendiri pada petang itu. Kami sedang dalam sesi latihan video dan telefon saya asyik berdering.

"Isteri saya membuat panggilan lima ke enam kali. Saya kemudian bergegas keluar (untuk menjawab telefon) dan isteri saya berkata: "You kena datang, anak lelaki kita nak lahir dah ni."

"Jadi saya pergi jumpa Sarri dan saya kata padanya: "Tuan, saya minta maaf, tapi saya kena balik sekarang sebab anak lelaki saya dah nak lahir ni."

"Dia tengok saya dan berkata: "Tak boleh tak boleh tak boleh. Aku perlukan kau malam ni, Kouli. kau tak boleh pergi." Saya bertegas: "Ini hari anak lelaki saya lahir, tuan. Tuan nak buat apa pada saya buatlah, gantunglah saya, saya tak kisah. Saya pergi juga."

"Sarri jadi stress, hisap rokok hisap rokok hisap rokok, berfikir dan akhirnya kata pada saya: "OK OK kau boleh pergi klinik, tapi kau kena balik sebelum game start malam ni, aku perlukan kau Kouli."

"Saya sampai klinik pukul 1.30pm, syukur ya tuhan, saya sampai tepat pada masanya untuk menerima kelahiran anak lelaki saya. Itu hari yang paling bahagia dalam hidup saya. Pukul empat, Sarri sudah buat panggilan suruh saya balik, isteri saya perlukan saya tapi dia benarkan untuk saya kembali sertai pasukan di stadium.

"Kemudian bila saya masuk bilik persalinan, saya nampak Sarri berikan lembaran perlawanan (game sheet). Saya cari nama dan nombor saya, tak ada. Saya kata padanya: "Tuan, jangan buat lawak. Saya tinggalkan anak bini saya kot, tuan kata tuan perlukan saya."

"Dan di situ dia menjawab: "Ya, memang aku perlukan kau... di bangku simpanan." 

"Saya fikir tentang itu sekarang saya mesti tergelak. Tapi ketika itu, nak menangis rasanya."

Kesian Koulibaly, macam Kouli dibuatnya.



*Foto daripada Goal.com


Cerita gila Koulibaly dengan Maurizio Sarri Cerita gila Koulibaly dengan Maurizio Sarri Reviewed by Hilal Azmi on July 13, 2020 Rating: 5

No comments