Home Top Ad

Ini dia benda yang lagi hitam daripada hitam


Hitam adalah warna yang paling gelap. Dalam hitam itu, ada lagi pecahan pelbagai tona warna hitam daripada hitam yang tak berapa gelap hingga yang paling gelap hitam legam pekat tak nampak apa.

Banyak-banyak benda di dunia ini, vantablack adalah bahan yang diketahui paling gelap di dunia.

Ia bukanlah bahan semula jadi, tetapi sejenis ciptaan Surrey Nanosystems di United Kingdom yang mana ia menyerap 99.965% cahaya yang kelihatan oleh mata kasar.

Namanya merupakan gabungan akronim VANTA daripada perkataan 'vertically aligned nanotube arrays', atau dalam bahasa Melayunya 'tiub nano yang disusun menegak.'

Apabila cahaya mengenainya, ia terperangkap dan berterusan memantul di dalam tiub-tiub nano yang membentuk bahan vantablack ini sehingga akhirnya diserap dan bebas dalam bentuk haba.

Gambar di atas menunjukkan dua topeng dengan rekaan ukiran yang sama, tetapi berbeza bahannya - kiri diperbuat daripada gangsa sementara yang kanan diperbuat daripada vantablack. 

Bahan ini mempunyai potensi besar aplikasi dalam dunia astronomi antaranya, apabila ia berupaya menyerap cahaya lilau (stray lights) di dalam teleskop, dan menambah mutu prestasi kamera inframerah yang digunakan di Bumi dan juga di angkasa.

Selain itu, ia juga menjadi bahan penting yang sedang dibangunkan dalam sektor pertahanan kerana cirinya yang sesuai untuk digunakan untuk tujuan siluman (stealth).

Begitupun, sehitam-hitam vantablack, tiada yang lebih hitam daripada hati yang penuh hasad dengki.
Ini dia benda yang lagi hitam daripada hitam Ini dia benda yang lagi hitam daripada hitam Reviewed by Hilal Azmi on July 28, 2020 Rating: 5

No comments