Home Top Ad

Kembalinya Sonic Boom!


Siapa masih ingat pesawat komersil berkelajuan supersonik, Concorde?

Selepas menamatkan penerbangan pada Oktober 2003, tiada syarikat penerbangan atau pembuat kapal terbang yang berjaya menyambung legasi bisnes penerbangan melebihi kelajuan bunyi itu.

Namun tak lama lagi, syarikat Boom Supersonic semakin hampir untuk mengembalikan penerbangan supersonik kepada orang awam seawal tahun depan.

Boom Supersonic mengumumkan tarikh untuk mendedahkan reka bentuk dan teknologi utama pesawat supersonik pertama mereka, XB-1 pada 7 Oktober ini.


Overture, gambar daripada boomsupersonic.com
Dalam acara yang akan diadakan secara maya itu bagi cadangan untuk Overture, jet penumpang supersonik.

Apa yang penting, selain dapat terbang pada kelajuan Mach 2.2 ataupun 1,700 mph (2,736 kmh), ia juga lebih mesra alam berbanding Concorde, dengan menggunakan tenaga dengan lebih efisyen dan bunyi bising yang minimum.

Overture boleh memuatkan 75 orang dan 30 jet sudahpun dipesan awal oleh beberapa syarikat penerbangan di seluruh dunia.



Kembalinya Sonic Boom! Kembalinya Sonic Boom! Reviewed by Hilal Azmi on July 14, 2020 Rating: 5

No comments