Home Top Ad

Layak ke Kanye West tadbir negara?


Penyanyi rap, Kanye West yang terkenal dengan aksi-aksi kontroversi seperti pernah mencelah Taylor Swift ketika menerima penghargaan MTV Music Awards, meninggalkan Nike untuk bersama Adidas, dan berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk makan tengah hari, sekali lagi menarik perhatian ramai apabila dia mencalonkan dirinya untuk menentang Trump dan Joe Biden dalam persaingan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2020.

Benarkah dan layakkah rapper itu (secara mental dan tauliah) untuk bertanding dalam pilihanraya AS pada November ini, atau adakah ini hanya satu aksi publisiti?


Ini beberapa perkara tentang Kempen Pilihan Raya Kanye West 2020.



West menangis sambil berkempen

West membuat kemunculan pertama ketika berkempen di Charleston, South Carolina dengan rambutnya bercukur "2020" di bahagian belakang dan memakai baju kalis peluru.

Isu utama yang dibincangkan West ketika kempen yang dianjurkan secara tertutup itu ialah isu pengguguran kandungan, di mana dia tersentap dan menangis ketika menceritakan bahawa ayahnya pernah terfikir untuk menggugurkannya.

West turut menambah, dia pernah berfikir untuk menggugurkan anak pertamanya, North West pada satu ketika dahulu sambil berkata "saya hampir membunuh anak saya!".

Isu lain yang dibincangkan West termasuk isu penghambaan orang Amerika berkulit hitam serta kesedihannya terhadap kematian ibunya ketika melakukan pembedahan kosmetik pada 2007.

Bertanding sebagai calon bebas

West yang berkahwin dengan bintang realiti, Kim Kardashian telah umum ingin bertanding sebagai calon bebas bagi parti BDY atau Birthday Party dalam satu tweet di laman Twitter rasminya pada 4 Julai lalu.

Nama beliau antara tiga nama calon bebas yang tersenarai untuk bertanding sebagai Presiden AS selain pemain piano, Jade Simmons dan usahawan Bitcoin, Brock Pierce.

Berjaya didaftar, layak bertanding di Oklahoma

Sumber: Twitter @OKelections

Walaupun pendaftaran pencalonan nama West untuk bertanding sebagai Presiden AS telah ditolak di beberapa buah negeri, namun apa yang pasti ialah penyanyi rap itu sudah berjaya melakukannya di Oklahoma.

Perkara itu telah disahkan barisan pilihan raya Oklahoma (@OKelections) yang turut mengesahkan menerima jumlah bayaran AS$35,000 oleh West untuk proses pendaftaran calon.


Pendaftaran pencalonan harus dilakukan sebelum tarikh luput

Walaupun West berjaya melepasi peringkat pendaftaran di Oklahoma, dia tidak layak bertanding di sekurang-kurangnya empat negeri (North Carolina, Indiana, New Mexico dan Texas) kerana telah melepasi tarikh luput pendaftaran di negeri-negeri berkenaan.

Untuk layak bertanding sebagai Presiden di sesuatu negeri, seseorang individu harus memiliki tandatangan atau membuat bayaran yang tertakluk kepada peraturan negeri masing-masing.

Masuk hospital kerana kegelisahan

Aksi West pada kempen itu menimbulkan kebimbangan orang ramai berkenaan kesihatan mental penyayi itu.

Baru-baru ini, portal berita hiburan TMZ melaporkan telah melihat West di sebuah hospital, dipercayai akibat kegelisahan, namun tidak mengambil masa yang lama di hospital berkenaan.

West juga memiliki gangguan bipolar yang diumumkannya pada 2016.

Kenapa AS nak pilih presiden atau pemimpin yang sah-sah mempunyai masalah mental? Cukuplah setakat Trump.

Foto cover: Instagram @kanyew.est
Layak ke Kanye West tadbir negara? Layak ke Kanye West tadbir negara? Reviewed by Hilal Azmi on July 28, 2020 Rating: 5

No comments