Home Top Ad

Macam mana nak minum 8 gelas air sehari


Sebahagian besar daripada kita tahu bahawa pentingnya untuk minum air jernih dengan banyak, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk kesihatan tubuh.

Bagi yang sudah biasa, bagus. Teruskan tabiat sihat itu. Bagi yang tak biasa, mesti ada terfikir "lapan gelas? Banyak tu! Bila ketikanya nak minum?". Saya faham, saya pun kadang-kadang begitu. Tapi di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Ini ada jadual minum air yang kalian boleh ikut supaya cukup pengambilan sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. 


6 - 8AM -> GELAS #1 & #2
Minum dua gelas air sejuk sejurus anda bangun tidur di waktu pagi, sebelum anda bersarapan. 

Manfaatnya: Menyingkirkan toksin, menghidrat semula otak supaya segar, melonjak metabolisme sehingga 24% sebelum bersarapan, merangsang penghadaman.


9 - 10AM -> GELAS #3
Minum segelas air sekitar waktu 'morning tea' atau apabila perut mula ada bibit-bibit kelaparan supaya dapat elak anda mengunyah snek tak sihat. 

Manfaatnya: Melincirkan sendi dan tulang rawan, 'booster' untuk sistem ketahanan badan, mengimbangkan tahap pH dalam tubuh (terlalu berasid & beralkali adalah tidak baik), menghidrat kulit.


10AM - 12PM -> GELAS #4
Minum segelas air sekurang-kurangnya setengah jam sebelum anda makan tengahari.

Manfaatnya: Membakar lebih 5lb lemak/tahun, menggalakkan metabolisme untuk 30-40 minit seterusnya, menjana kreativiti mental sehingga 30%.


12 - 2PM -> GELAS #5
Minum segelas lagi sekurang-kurangnya setengah jam selepas anda makan tengahari.

Manfaatnya: Mengelakkan organ dalam tubuh tua sebelum usianya, meningkatkan penghasilan sel darah dan otot.


2 - 4PM -> GELAS #6
Nikmati segelas air sejuk apabila anda mula rasa lemau atau mengantuk di kala petang hari.

Manfaatnya: Air tenaga semula jadi - mengurangkan keletihan dan meningkatkan aktiviti enzim dalam tubuh, mengurangkan penghasilan kolestrol.


4 - 6PM -> GELAS #7
Minum segelas sekurang-kurangnya setengah jam sebelum anda makan malam. *Elak makan di lewat malam, lebih-lebih lagi dua jam sebelum tidur.

Manfaatnya: Mengurangkan risiko kanser usus kepada 45% dan kanser pundi kencing kepada 50%.


SEBELUM TIDUR -> GELAS #8
Minum gelas terakhir anda pada hari tersebut 20 minit sebelum anda melelapkan mata. Air diminum pada suhu bilik.

Manfaatnya: Menyingkirkan toksin serta bakterian yang menyebabkan keradangan. Bukan hareudang, tapi radang.


Ada orang nak jumpa air pun susah, jauh sekali nak dapat minum air bersih. Sementara kita ada nikmat air bersih ni, manfaatkanlah sebaiknya untuk sihatkan tubuh.
Tak semestinya lapan gelas sahaja, sebenarnya lagi banyak lagi baik. Tak pernah dengar lagi ada orang sakit sebab minum air banyak sangat. Memang akan kerap ke tandas, tapi ketahuilah bahawa anda proses mencuci dalaman tubuh anda sedang berjalan. 

RancakTV peduli.




Macam mana nak minum 8 gelas air sehari Macam mana nak minum 8 gelas air sehari Reviewed by Hilal Azmi on July 07, 2020 Rating: 5

No comments